SANTAU at KLCC

Monday, December 21, 2009

Minggu lepas I jumpa kawan baik Jiji. Sebenarnya ikutkan hati malas nak keluar malas nak memandu. Tapi memandangkan Jiji nak balik Perak esoknya dan belum pasti bila datang KL lagi jadi I pun pergi jumpa jugak sebab SAYANG sangat dekat dia. Siap parking kat LRT naik LRT lagi. Teruja.


Rancangan asal I, Jiji and Amar nak jumpa minum-minum kat KLCC. Tapi bila dah sampai terasa nak tengok movie. Masa beratur nak beli tiket sorang lagi kawan baik, Azizil, mesej. So kitorang tengok cerita SANTAU babe! Santau seram dan I tak layan seram tau tak. Wuuuuuu. Bila part seram tak tahan, pandang belakang je la. Tapi okay la cerita ni ada mesej dia. Nak tau kena tengok sendiri la.


Habis movie, muka cuak diam. Haha. Padan muka. Padan muka. Nasib baik sirap bandung soda kat tempat Amar bawak tu best. Hilang cuak semua. Seronok kot dapat jumpa/kumpul dengan kawan-kawan. Walaupun I kenal dengan diorang ni baru lagi tahun ni jugak, tapi entah macam mana boleh rapat. Masa bukan ukuran kan?


Okay sekarang boleh layan gambar. yeayyyy!





Me & my dear Jiji




Amar. Hihi



 



Rina Salleh: Semua gambar ni shoot by Azizil Sedek. Eh tapi baru perasan takde gambar dengan Azizil. Kawan I tu pemalu la. Hahaha. Btw, kalau nak shoot for wedding, portraiture etc. Boleh contact dia.

Photoshoot Eightdesigns

Wednesday, December 16, 2009

Agak lama tak update blog. Okay setiap kali tulis blog pun tulis ayat ni dulu. Macam dah takde idea lain kau ni Rina *memang takde idea pun*

Ramai jugak tanya apsal tak update blog ni. I cakap, taktau la nak update apa. Banyak sangat sampai taktau nak update yang mana. Ada jugak yang cadangkan update aktiviti harian sebab nak tau apa I buat. Hmmm. Tu dah macam diari la pulakkan. Malu lah I semua tau apa I buat. Tak dapat la I nak sorok boyfriend macam ni. Hehe. Okay tipu.

Last few month ada few shoot tapi yang paling latest dengan eightdesigns boutique. Baju-baju butik ni sangat sweet okay! Kalau nak beli boleh tengok website atau pergi butik ni dekat bangi. Dekat je.

Photoshoot pulak buat dekat WOW Studio dengan beberapa photographer. Hafiz Ismail dan Faris Fakhri. Studio diorang cantik. Kagum kagum! Macam galeri pun ada. Masa tengok gambar-gambar dalam studio tu, pehhhhhhhhhh. rasa macam terus nak kawin nak suruh Hafiz amikkan gambar macam tu jugak. Hahahhaha.okay serius serius. Kat sana ada white room. Kalau ada yang nak shoot studio untuk konvo ke, wedding, pre-wedding, family portrait, profiling ke apa-apa la boleh pergi studio ni dekat Shah Alam. Okay promote baik punya ni Hafiz. Hehe.








 



 


Personal grooming at Penang

Thursday, December 3, 2009

Hye blogger and friends,
 
Yes I know its been ages since the last time i am blogging and write some junk in here. Sorry. Sorry. Sorry. Been busy with things and when i feel like writing, everything's mixed up, and end up... i wrote nothing. Hehe.

Right now Im a bit tight up handling my booth at UIA PJ for a week. Promoting my blogshop, as it is yet to established and need more promotion (of course). Beside Im planning for next year event. Oh btw, I'll be conducting few grooming workshop outside KL next year! Yeay. Working on it;)

Anyway, I'm now in a planning and discussion stage to organize personal grooming at Penang. Tentatively on 9 January 2010 at Georgetown Sunway Hotel. Im urgently need an assistant. Anyone from Penang and interested in collaborating? PM or email me. I am more than glad. Oh, of course commission awaits u;)

PM me on Facebook: Rina Salleh
or
email me at lovelyaustere@yahoo.com


p/s: Btw, I'll be at Langkawi for grooming session on 14-16 January 2010 with UUM students

MAKEOVER WORKSHOP 15 Nov 2009

Tuesday, November 10, 2009




MAKEOVER WORKSHOP by RINA SALLEH & IEFA ADAM


When:
15 November 2009
2pm - 6pm


Where:
EvogueModels Studio
Desa Melawati
Kuala Lumpur


Fees:
RM 100 per person only!
[inclusive certificate, door gift & hi-tea]


What to bring:
Basic make-up - compact powder, brush set, blusher, eyeshadow (white, black, brown), eyeliner, mascara, lipstick, etc that you think necessary.


How to participate:
Contact us to confirmed your seat. Send us your particulars and we'll tell you what to do next

+Name:
+IC:
+Phone No.:
+What do you expect from this event:

to: lovelyaustere@yahoo.com
or
PM Rina Salleh on Facebook


HIGHLIGHTS!

Grooming
+Understand your body shape and what's fit you the best!
+Mix & match tips
+Things to consider when choosing cloths
+MUST HAVE item in your wardrobe;)
+Shawl styling




Make-up
+Step by step make-up : To look gloom in daily make-up
+Diff between daily and wedding make-up
+Focus:eye make-up, technique and blending



Come and join us!!! Hurry!
Tell your friends and its exclusively limited for 20 pax!



Rina Salleh
lovelyaustere@yahoo.com
http://rinasalleh.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Rina-Salleh/163487201624

Menghargai kawan semasa ada, takut menyesal dikemudian hari

Saturday, October 3, 2009

3 Oktober 2009 - Hari ni hari jadi seorang kawan aku. Kawan yang cukup istimewa. Kawan dalam erti kata kawan yang sangat akrab, yang tahu banyak kisah hidup aku, yang bersama kala aku susah, yang ada bersama aku menangis, yang tak jemu-jemu meneman aku kesana-sini, yang tak pernah berkira setiap sen dan masa yang di beri, yang berterus-terang walaupun kenyataan tu pahit untuk diterima sebab dia sayangkan aku dan tak nak aku tertipu dengan dunia...


Kawan macam ni tak ramai dalam hidup aku. Kenapa? sebab tak ramai yang sanggup bersama-sama  dikala dompet menipis, kala hati merana, kala hidup dikeji, tapi dia jarang menghampakan aku. Jadi sempena hari ulang tahun kelahiran kawan aku ni, aku nak dedicate entry ni khas untuk dia, MIMI SALWANI...








Mimi, terima kasih selama berapa tahun kenal ni, kau banyak tolong aku. melayan perangai aku yang entah ape ni. selalu ada masa susah senang. selalu teman aku pegi dating sebab takut kan nak dating dua org nanti bf aku masa tu marah. selalu tolong jadi orang tengah dalam banyak hal dan dengan banyak orang! selalu bagi aku tiru kerja studio, selalu kejut aku untuk stay up walaupun lepas dua minit aku tidor balik lepas tu bangun pagi nangis tanya kenapa kau tak kejut aku sebab tak sempat habis study lagi, selalu kejut aku sahur time bulan puasa, selalu celebrate birthday aku bagi hadiah, selalu belikan aku makanan, selalu drive aku bawak jalan-jalan masa dekat JB sebab aku takde lesen, selalu bagi aku pinjam komputer nak main game sponge bob dengan chuzzle *walaupun dekat laptop sendiri ada nak jugak main kat komputer kau*, selalu jadi supplier movie dan lagu-lagu


Kau pun selalu downloadkan lagu yang aku nak sebab aku tak tau macam mana nak download, selalu tengok movie sama-sama sampai mabuk pening, selalu kejut aku pegi class, selalu datang bilik aku suruh aku bangun masa aku jatuh terduduk hadapi ujian hidup, selalu  bawak aku pergi makan best-best, selalu marah aku sebab kawan dengan ramai lelaki sebab kau cakap nanti susah kalau kawan ramai sangat, selalu belikan aku hadiah bila kau pergi jalan-jalan oversea, selalu bawak balik serunding daging yang best bila kau balik kampung, selalu tak mengiyakan apa aku cakap sebab kau bukan kawan yang mengampu, selalu layan kerenah aku yang mengada-ngada nak manja je 24 jam dengan kau, selalu marah bila aku shopping banyak-banyak, selalu selalu ahhhhhhhhhhhhh, banyak nya nak cakap!!  


Walaupun kita ade berbalah, penah kutuk-kutuk, penah bertepuk tampar, tapi aku tau kau tak berniat lain dan semuanya sekada gurauan semata-mata. Jadi sempena kau dah dewasa ni aku doakan hidup kau akan dirahmati dan diberkati Allah selalu. Mimi, aku pun nak kau tau, aku sayang kau tak kira lah apa jadi. Aku taknak terputus hubungan dengan kau dan aku doakan kau akan jumpa jodoh yang baik. Mintak maaf salah silap, dan halalkan makan minum, pinjam bantal ke duit ke pinjam selipar ke, pinjam baju, banyakknyeeeeeee!!! 


Terima kasih sebab sudi menjadi kawan aku. Tak dapat aku nak balas semua. Moga Allah dapat membalas semuanya Mimi. Selamat hari jadi Mimi Salwani...





with love and hug,
ex-roommate

Nanti jangan lupa add kita dekat Facebook tau

Thursday, October 1, 2009


"Nanti jangan lupa add kita dekat Facebook tau" Boleh kata sepanjang raya ni bila berjumpa kawan-kawan atau sepupu-sepupu, topik Facebook merupakan salah satu topik perbualan. Sambil bermaaf-maafan dan mengutip duit raya eh maksud I memberi duit raya, pasti ada terselit pasal Facebook. yelah konon-konon tak sempat nak berbual panjang, jadi nanti kita sambunglah dalam Facebook. Heh. Betapa kuat pengaruh Mukabuku ni.


Dan disebabkan pasal add meng-add ni lah, akaun facebook I dah hampir cecah lima ribu kawan. Kenapa lah Facebook ni ada buat limit eh? Biar jelah kan kita nak add ramai-ramai kawan. Mungkin dia dah kira siap-siap kot. Kalau campur kawan-kawan sekolah rendah, menengah, kolej, kerja semua tu tak sampai lima ribu. Agaknya lah kan. Tsk.


Dalam seronok-seronok I klik tab approved tu, tak sangka tiba-tiba baru perasan dah nak maksimum. Terus terfikir apalah nak buat ni. Yang nak di approved ada ramai lagi, tapi nanti tak muat dah, mana nak sumbat yang lain-lain ni.  Maka I terfikir-fikir untuk delete profile yang tak berwajah dan profile yang mencurigakan. Tapi, oh penat! Tak larat nak klik satu-satu!!


Lantas kawan-kawan cadangkan buat Fan Profile! Haa, FAN PROFILE???!! thwdfp#$%asdfghj#$%^&*! Weh, aku bukan artis weh, takda siapa kenal. Silap-silap nanti takde sorang pun nak  kawan nanti. Tsk (-.-) Erm, tapi memandangkan tu salah satu jalan yang ada, maka I pun buat fan page malam semalam [30 Sept 09]


Maka, dengan ini, dengan rendah diri, I nak jemput semua untuk add akaun baru I dalam tu. Cari Rina Salleh dan add profile ini. atau klik pada link di bawah *wink*






Add lah dia ni, dia baik. tak sombong (^_^)


Di akaun baru tu nanti kita boleh memberi pendapat, berbalas pantun, bersoal-jawab dan bermain teka-teki. Heh. Bukan. bukan. maksud I boleh berinteraksi dengan lebih dekat dan rapat. Heh (^_^")



Eh, eh, jangan takut. Dengan meng-add profile baru ni pun tak bermakna anda fan. Cuma akaun yang dulu dah hampir penuh. Jadi tujuan akaun ini untuk kumpulkan kawan-kawan.


Akaun lama? akaun lama tu I nak simpan untuk personal. Cuma mereka-mereka yang terdekat yang kenal di alam realiti akan berada disitu. Boleh kan? ,Errrm everybody need a little privacy. And so do I. Boleh tak? Sikit je I mintak. Wuuuuuuu




Akaun lama nak simpan buat pekasam. Busuk. Jangan add dia!



Rina Salleh: Takut ada salah faham nanti. Tapi I percaya nanti bila yang ada kawan-kawan dah ramai tak reti nak buat apa, mesti buat Fan Profile jugak. Heh. Atau jom kita ramai-ramai mintak pada Admin diorang supaya tak buat limit. LOL

Kadang kadang bergambar pun seronok (^_^")

Sunday, September 27, 2009






 DARA.COM isu SEPT






Rina terima jemputan dari Azlina wartawan Dara.Com untuk jadi model dalam ruangan fesyen ni dua hari sebelum shoot sebab model asal tak dapat hadirkan diri. Kira macam saat-saat akhir jugak la. Dan sebabkan masa tu pun Rina agak berkelapangan jadi Rina terima. Hehe.


Rina tukar enam pasang baju. Seronok dapat pakai baju yang mahal-mahal ni. Sebab kalau nak beli sendiri memang taklah kan. huhu. Merasa dapat pakai pun dah cukup. Tsk.


Bila balik kampung, semua makcik-makcik saudara-mara tanya pasal ni. Haha. malunyeee! dengan kawan-kawan tak la rasa segan. Tapi bila saudara-mara yang tanya terasa segan! huhu


Rina Salleh: Teruja bila dapat tengok hasil akhir dalam majalah. (^_^")

MOVING adn EXPENDING!

Friday, September 25, 2009

salam...

Tentu ramai tau yang Rina ada uruskan kedai secara talian *skema* atau pun online shop yang jual selendang comel-comel kan (^_^') sekarang blog tu dah tukar nama kepada Rina Salleh Collection!




http://rinasalleh.blogspot.com 


Kenapa tukar? owh sebab Rina dah daftarkan perniagaan ni bawah nama Rina Salleh Resources. Jadi blog pun tukar kepada Rina Salleh Collection.


dan banyak lagi perubahan dan pembaharuan akan datang. sekarang masih dalam persiapan. Tapi still boleh nak view. i'Allah doakan semua berjalan lancar eh;)



love,
RinaSalleh

Dapat duit raya lagi tak? nak nak!

Saturday, September 19, 2009


Lagi berapa hari je dah nak raya. Eh maksud I esok kot dah raya. Heh. Tapi tak terasa la bahang raya. Ke Rina sorang je tak rasa lagi ni. Uhuh.



Okay, bila cakap pasal raya semua orang mesti dah terbayang-bayang balik kampong atau dah ada kat kampong pun sekarang ni kan, jumpa sedara-mara, makcik pakcik, atok nenek, oh rindu! Lepas tu mesti dah beli baju raya, kasut, kuih raya buatan sendiri atau buatan kedai, ketupat lagi. Haihhhh best nya! Kalau yang tempah baju, mesti dua tiga bulan lepas dah hantar dah siap pun. Pastu hari-hari tengok baju dalam almari tu bila la nak pakai ni.



Tahun ni Rina tak terasa pun nak raya beria. Baju kurung pun sepasang. Yang lain tu pakai je la baju mana ada. Tak perlu nak membazir rasanya kan;p Kuih raya pun tak beli banyak. Abah memang ada jual kuih dekat kiosk so kitorang tak la beli. Abah dah siap-siap asingkan untuk rumah. Baju raya pun abah bagi sorang satu. Tu pun dari kedai abah jugak. Tu je la sepasang baju raya. Syukur ada. Rina tak sempat nak fakir pasal beli baju raya, tau-tau dah habis puasa. Uhuh.



Raya ni Rina raya kat rumah dulu dengan family. Raya kedua baru balik kampung abah dekat Teluk Intan Perak. Tak sabar nak balik kampung (^_^’) Tapi sebelum tu kena lah kemas-kemas rumah dulu mana yang patut. Esok nak tolong ibu masak lagi.



Semalam pergi uptown Shah Alam. Saja ajak adik Rina jalan-jalan. Oh, sangat ramai manusia!! Jem boleh tak? Jalan-jalan pun tak beli apa-apa sebab ramai sangat orang. Beli bunga je nak letak dalam pasu kat rumah. Lepas tu pergi sahur kat Shah Alam. Balik rumah online kejap. Taknak tidur sebab lepas subuh nak bawak ibu pergi pasar. Balik pasar terus pergi kedai hardware beli apa-apa yang patut. Eh, sebenarnya Rina nak beli mentol untuk lampu kat bilik yang beli haritu kat Ikea. Heh;p



Lepas hantar ibu balik, Rina kena hantar kereta abah pergi servis sebab abah takde kat sini. Lama jugak tunggu. Ingat nak hantar Shika pergi servis jugak. Tapi dah lambat. Kedai dah tutup. Wuuuuu. Lepas raya nanti lah agaknya baru hantar servis.



Okaylah, nak pergi tolong-tolong kemas rumah. Nanti Rina conteng-conteng lagi ah kat blog ni. Apapun, Rina mintak maaf pada semua kalau ada salah silap, coretan-coretan yang menyakitkan hati ke *eh ade ke* apa-apa jelah. Mintak maaf eh pada semua.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!




Rina Salleh: Raya ni layak dapat duit raya lagi tak? Tsk!

Melepaskan diri dari bebanan

Tuesday, September 1, 2009


Heyhooo!


Salam ramadhan. Bestnya kan dah ramadhan. Dah 11 hari pun puasa. Kejap je rasa. Haihhh, masa cepatnya berlalu. Cepatnye! Tak sedar pun. Macam suka hati dia je nak berlalu pergi tak tunggu kita. Tsk.


Dalam bulan ramadhan ni banyak hikmah nya. 10 malam pertama Ramadhan Allah turunkan rahmat, 10 malam kedua malam pengampunan dan 10 malam terakhir tentu sekali malam lailatul-qadar. Okay, semua orang pun tau pasal ni.


Dan kita dan masuk dalam 10 malam kedua sekarang ni. Kejap je kan. Sekarang pun kerja banyak kat ofis. Jarang dapat update blog. Huh. Takpe. Sabar kejap je lagi ni sebelum melepaskan diri dari bebanan ni dan mula menjadi penanam anggur berjaya. Haha. Hoyeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Okay. jangan terlalu gembira Rina. Behave. Behave yourself;)


Lepas tu boleh lah mula rajin ber blog, ber chat, ber ym, ber facebook. Haha. Tipu. Tipu. Lepas tu banyak nak buat. Kena mula satu-satu semua yang dah di rancang. InsyaAllah. Mari mula berdoa kawan-kawan. Untuk kesejahteraan bersama;)




I macam ketam kecik ni. Cuba melepaskan diri yang tersepit dan cuma nak jalankan hidup sendiri dengan sederhana ;) Amin


Rina Salleh: Okay, 1 month to go darling!!!




Makeover workshop for Aidilfitri

Wednesday, August 26, 2009




Mahu kelihatan berbeza di pagi raya? Atau kelihatan manis dan menawan? Anda dijemput untuk menyertai bengkel ini! Mana tahu ia dapat memberikan anda idea dan panduan agar kelihatan lebih menawan di pagi raya.

Menarik bengkel kali ini:

-Cara-cara dan tips solekan di pagi hari raya agar anda kelihatan lebih segar dan menawan. Juga semasa mengunjungi rumah terbuka teman-teman!

-Tips pemilihan mekap, warna, dan penjagaan alat solek anda

-Bengkel ikatan tudung/selendang. Tips-tips pemilihan tudung/selendang sesuai bentuk muka anda.

-Kenali material fabrik anda dan kesesuaianya serta banyak lagi!


--------------------------------------------------------


Bila?
5 dan 12 September 2009
10 pagi - 2petang
**pilih salah satu tarikh

Dimana?
Evogue Models Studio
Melawati, Kuala Lumpur
**Alamat akan diberi melalui email

Bayaran?
RM 80 Sahaja!
**Sijil turut disediakan

Apa yang perlu anda bawa?
Alat solek asas - compact powder, brush set, blusher, eyeshadow (white, black, brown), eyeliner, mascara, lipstick, etc that u think necessary.

Bagaimana untuk menyertai?
Hantarkan butiran anda melalui mesej ke Facebook RINA SALLEH atau email kepada :
lovelywedding09@yahoo.com
lovelyaustere@yahoo.com

Nama:
No KP:
Umur:
Tarikh pilihan: (5hb atau 12hb)
Apa yang anda harapkan dari bengkel ini:


**terhad kepada 20 orang untuk setiap sesi.


Kami juga turut mengadakan Walk-In Aidilfitri SALE pada 5 dan 12 September ini!! Peserta bengkel layak mendapat diskaun istimewa untuk semua koleksi LOVELYAUSTERE dan LOVELYLOVELICIOUS! Tunggu apa lagi? Sah kan penyertaan anda hari ini;)


More info: http://www.facebook.com/event.php?eid=140711347656&ref=mf

Photoshoot with Faizal Riza - 2nd session (outdoor)

Monday, August 24, 2009


Date : August 2009
Venue: Lake Garden, Kuala Lumpur
Organize by: Faizal Riza
Photographer: Faizal Riza@ Zonesdesign, Suhaimi @ Semiclicks, Ameer SPR,
Model/Talent : Rina Salleh & Usmi


Heyyho darling! I takda idea nak tulis la bulan puasa ni. Tipu tipu. Banyak nak cerita yet masa yang singkat. Ermmm tapi rindu nak ber-blog. Jadi kita mulakan dengan gambar!! Lain kali kita citer-citer ok;)



1. Pic of the day/Gambar hari ini! *wink*


Tak tau kenapa tapi sangat suka gambar ini. Okay okay cukup. Taknak masuk bakul




2. Full version, ala-ala sopan






3. Mode: muka ber-attitude (sangat lah kan.uhuh) yang first tu another fav! Eh, ni my personal opinion, kalau u tak suka takpe;p







4. Mode: Posing ala-ala MJ *Mary Jane bukan Micheal Jackson okay*







5. Version cover-cover. Bajet comel. Tsk!







6. Version pose duduk duduk tepi jalan bawah panas. Okay, pakai topi!






7. Mode : manisnya senyumanmu, pinjam tajuk lagu Elite. LOL








8. Version : Membaca jambatan ilmu. Ngeeeeeeee:D







9. Version : Si gadis bergurau senda








10. As usual, group photo;)







Ramadhan Al- Mubarak

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi... dan esok kita semua akan mula berpuasa. Tiba-tiba banyak kenangan zaman kanak-kanak menjengah. Rindu la weh! *patut ke I cerita pasal i minum air oren dalam peti ais masa mak tengah mandi? atau pasal I makan aiskrim balik sekolah tapi cakap dekat mak, I puasa. tak malu betul. tsk*


Maka dengan ini, dengan rendah diri, Rina nak ucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan pada semua. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan semoga amalan kita diterimaNya. Amin. Mohon ampun maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa, sama ada secara sengaja atau tidak, secara sedar atau tidak.



Sengaja letak gambar muka konon-konon ayu nak dapat mood puasa ◕‿◕




Credit to : Faizal Riza



Rina Salleh's: Lagi satu, jangan ngada-ngada nak puasa yang yok! marah ni. *grrr*

Photoshoot with Faizal Riza - 1st session (Indoor)

Monday, August 17, 2009


Date : 31 July 2009
Venue: Delicious Cafe Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Organize by: Faizal Riza
Photographer: Faizal Riza@ Zonesdesign, Chot, AmeerSPR, Peyek & 2 others
Model/ Talent : Rina Salleh


This photo shoot held at Delicious Cafe. A very nice place indeed. This is just a teaser. Waiting for more pic from the photographer.




















Group Photo.


Rina Salleh's: Thanks someone for accompany her the whole day

Nick name @ nama panggilan

Wednesday, August 12, 2009

Zaman sekarang ni kalau nama budak-budak semua gempak-gempak. mesti panjang ada dua tiga perkataan. Lepas tu mesti ada macam bunyi omputih sikit-sikit. Kadang-kadang ada yang susah nak sebut. Heh. Tak caya? Okay contohnya Adam Jarriel, Eze Kiel Farieez, Zara Sharine, Belle Arisya, Hanna Jazzerina, Marisa Darina. Oh okay cukup cukup. Gempak tak? Ni zaman masa I dulu semua nama pun simple je. Macam nama I simple je. I suka;p


Mak abah zaman sekarang memang hebat letak nama semua kreatif gila. Cuma kan kenapa bila dah letak nama panjang camtu tapi panggil pendek-pendek je -Na, Lys, Ery, Cah, Ta, Din, etc. Okay memang senang kot nak panggil pendek camtu kan. Habis nama yang panjang tu nak buat apa. penat je mak abah dia kasi nama macam tu kan. Tsk.


Eh I tak salahkan mak abah nak kasik nama best camtu cuma bila dah ada nama best tu panggil la guna nama best tu kan. At least guna satu daripada tiga perkataan nama tu pun okay la kan. Macam panggil Hana instead of Na, Lisa instead of Lys, Hairi instead of Ery, Aishah instead of Cah, Rita instead of Ta, Bidin intead of Din :)


Mungkin dalam keluarga kita memang panggil macam ni sebab nama manja (konon-konon). Tapi bila dah kat luar takyah la kot kan. Sebab nama tu kan panggilan untuk kita. Satu doa jugak. Kan best kalau orang panggil kita dengan nama kita yang ada makna tu. Contohnya kalau makna nama kita Cahaya Kejayaan, dan orang panggil dengan nama tu jadi kira macam hari-hari doakan kita lah kan dengan panggilan tu;p


Mungkin tu sebab kenapa orang-orang yang berjaya, yang terpelajar, yang dihormati dalam masyarakat semakin berjaya sebab kita tak ada pulak panggil dia dengan nama pendek dia. Tun Mahathir, Azizil Ali, Fadhilah Kamsah (sekadar beberapa nama) semua pun guna nama sebenar atau kalau nama pena dia pun panjang jugak. Heh. Renung renungkan ;)


I pun harap takda yang marah ke apa I tulis camni. Bukan nya kutuk nama orang lain sebab nama I pun tak la gah mana. Tiba-tiba je I ada terfikir macam ni.


Rina Salleh's: Kalau rasa nak panggil anak nanti Mi, masa daftar nama letak je nama dia Mi. Senang sikit;p

Sketch sketch sketch!

Thursday, July 30, 2009




Yooo! sketch sketch sketch bukan lah tajuk lagu mahupun pantun empat kerat. Hihi. I teruja ni. Teruja! Sebab ada orang tolong sketch kan gambar. Auuuwwwww. Kalau I yang buat ni silap silap muka spongebob yang keluar. Ngeeeeeeeee:D


Thank you for the sketch;)


Okay sekian. Sambung di entry lain... Babai!

Sebab-sebab kenapa dah lama tak update blog? dalam erti kata lain alasan-alasan si pemalas. haha

Wuuuuuuuu~ Lamanya tak update blog. kenapa? kenapa? okay, okay, rilek eh. Bukan I taknak update blog. Nak! Nak sgt! Tapi........ tak tau nak tulis apa. macam ketandusan idea padahal banyak benda yang boleh nak share. Memang boleh buat buku terus lah kalau tulis semuanya=)


Disebabkan dah lama tak update blog, maka secara rasminya I dah hutang dengan semua orang yang hari-hari singgah ke blog I ni. Uhuh. Maka dengan itu, I denda diri sendiri. Dendanya ialah I kena bagi alasan kenapa tak update blog lama sangat. Padan muka!! Eh alasan ni pun boleh jugak anda guna kalau dah lama tak update blog. Tapi buat macam alasan sendiri okay, jangan nak kata I yang ajar. I cuma cadangkan je;p


1. Hari-hari ada cerita tapi terlalu HOT oh. Tapi takut kalau I update nanti ada yang marah baca terus taknak bukak blog I lagi nanti. LOL;p


2. Setiap kali nak update blog, bila I bukak je blog, maka setiap kali tulah ada orang BUZZ I di ym. Nak taknak I kena la layan ym dulu. terus dah tak sempat update blog. =.=


3. Siang kerja kan, so malam je ada masa nak update. Tapi malam pulak i sibuk nak reply email atau pun nak pack selendang pelanggan. Kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk. Pagi-pagi bangun ada eye bag. Huhu


4. Malam pulak kalau I ada kat rumah je baru I boleh dapat update blog. Tu pun kalau ada kat rumah.


5. Kadang-kadang dah bukak blog, dah semangat nak taip tapi tiba-tiba tak tau nak update apa. Tiba-tiba macam dah hilang ingatan apa yang semangat sangat nak citer tu. uwaaaaaaaaaaa~


6. Oh i pernah tulis panjang-panjang. Konon-konon nak update blog dengan cerita I yang dramatik. Sekali tengah teruja taip tu (I taip dalam word doc) tiba-tiba black out! Wuuuuuuuuuuuuuuuuu~ geram tau tak! werfghjkl! Habis tak save semua dah hilang. Nak taip lagi sekali, kirim salam je la kan.


7. Tengah I nak update blog, bos datang. terus tutup. Haha. Siapa suruh kau update kat ofis??! Hahaha


8. I memang nak update cerita hari-hari. Kalau boleh apa jadi tiap-tiap hari I nak tulis. Macam cerita I sesat kat Pandamaran Jaya masa nak pergi Kota Tinggi, eh Bukit Tinggi. huhu. Kakak tu dah salah bagi I direction. Dia kata kiri, i pergi kiri terus masuk kawasan kampung. wuuuuuu~ Masa tu muka dah merah takut woooo takut! Okay dah cukup iklan, lain kali I sambung story ni.


9. Oh, tiba-tiba jadi segan nak update blog. Sebab mungkin abah baca blog I. MUNGKIN. sebab abah selalu view LOVELYAUSTERE. Abah selalu tanya- kenapa selendang dalam blog tu tak masukkan yang baru lagi? -ermmm blog tu kan link to personal blog I. jadi mungkin abah baca blog I. Sebab tu abah selalu tau je apa I buat. Grrrrrrrrrr. Takde privacy la camni. Abah kalau baca ni, buat-buat tak tau je okay;)


10. I terfikir ada tak alat yang boleh taipkan apa I nak tulis? Malas nak taip. ehehehe.



Rina Salleh : Makcik I pun baca blog ni.tsk

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Wednesday, July 22, 2009

Iyahhhh! lama dah tak update blog . Banyak betul benda nak share tapi tak konsisten pulak nak update blog. huhu. rina rina.. Tapi hari-hari pergi jalan-jalan layan blog orang. Harini terjumpa satu benda yang agak best dari blog sorang member. Agak berbekas di hati dan terasa nak share;)


Kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan MENYESAL...

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak

Wednesday, July 1, 2009

Semalam masa I pergi lunch KFC, sengaja nak bagitau I dapat kupon KFC dah lama dapat baru perasan semalam hari terakhir kupon valid. Jadi mari guna kemudahan ini, dapat makan 5 ketul ayam;)


Okay, semalam kawan I ada bagitau berita tergempar pasal student meninggal dekat bekas Universiti tersayang I dulu-UTM Skudai. Heh.


Harini ada keluar paper pasal cerita tu. Jadi dengan semangat I bercita-cita nak baca suratkhabar melalui internet. Barulah macam cool kan. Balik boleh cakap pada ibu, I baca paper di ofis melalui internet. Heh. Tapi malangnya. Gara-gara niat yang tak suci mungkin, I tak dapat masuk ke site akhbar kegemaran. Maka seperti biasa kita Google! "Palajar Mati UTM". heh. Abaikan BM I memang sepah-sepah sikit. Tsk.


Maka I telah terjumpa keratan/salinan berita di blog eimajer. Dan telah terasa baik hati untuk kongsi cerita ini bersama rakan-rakan. Ambil ikhtibar dan jadikan tauladan ye anak-anak. Tiba-tiba terasa sifat keibuan tinggi lepas baca berita ni sebab teringat ibu dekat rumah lalu terus menasihati anda semua seperti anak-anak I. Heh.



-------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.


Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.


Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.


AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.


Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.


Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.


“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.


“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.


“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.


Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.


“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.


“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.


Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.


Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.


“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.



Rina Salleh: berdoa pada yang Esa moga kita semua tak meninggal dalam keadaan yang meng aibkan. Amin. Eh, kalau ada yang tau kisah ni, sila lah laporkan di balai berhampiran untuk membantu siasatan. I serius sedih ni. sayu.

hari yang panjang dalam hidup

Thursday, June 25, 2009




Kenapa susahnya nak mengharungi hari ini???? kenapa oh kenapa?

malam ni nak buat apa? terasa hari siang dan malam yang panjang..

cepatlah hari ni berlalu. nak jumpa hari esok. tsk!

Keris Patih - Demi Cinta

Wednesday, June 24, 2009

Hummm, sangat suka lagu ni. Pun pernah jadi lagu backgraound dalam blog buruk tak seberapa ni. Okeh nak share jugak.




Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia - siakan hidupku,
dan kubawa kau sperti diriku
Walau hati ini trus menangis
Menahan kesakitan ini

Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku trima semua demi cinta

Reff :

Jujur, aku tak kuasa,
saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi,
kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Kangen Band - Bintang 14 Hari

Owh ramai tanya lagu kat blog ni. Ni Rina share link youtube;)





14 hari ku mencari dirimu
Untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
Agar engkau tahu tertatihku menunggumu

Aku kangen sama kamu
Apa kamu udah gak sayang aku

Maafkanlah aku lari dari kenyataan
Bukan karena aku tak punyai rasa sayang
Maafkanlah aku mencoba ‘tuk berlari
Karena satu hati engkau pasti kan mengerti

Kamu pacar terbaikku
Walau hanya sekejap di hatiku

Reff:
Mengapa hanya sekejap saja
Ku merasakan indahnya dengan dirimu
Mengapa hanya untaian kata
Ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita

back to reff 2x

Kalau kepala dah weng, macam-macam boleh jadi

Thursday, June 18, 2009

Malam tadi dengan baik hati aku offer nak teman seorang member yang tengah hilang arah tuju hidup untuk lepak. Padahal aku pun bosan nak ajak orang lepak apahal. Heh. dan bila di ajak ke Coffee Bean & Tea Leaf [CBNTL] kepala terus terbayang teh wangi bau manis yang ikin selalu bawak balik rumah. Passion Tropical Tea Latte, im in loveeeeee~ Anda juga boleh bayangkan aksi golek-golek gembira. Sebab tulah perasaan bila aku minum air ni. LOL


Sambil meng-online kan diri aku juga berbual-bual dengan gembira melayan ke-sengal-an member baik sorang nih. Bangga ah kan kau Zam aku cakap kau member baik. Eh, aku bukan puji sebab nak kirim kain, beg, baju, kasut, bla bla.. bila kau pergi Jakarta esok tau. Bukan. Bukan. Kau jangan salah faham;D Sambil online aku turut oneight juga onseven dan mungkin akan onten. dah. dah. diam. Oh, aku juga terasa nak meng-webcamkan diri. nampak tak. nampak tak betapa kebosanan melanda dan kepala dah sedikit weng malam tadi? tsk.


Lepas beberapa snap yang bosan, gambar segera diupload ke facebook. Ini juga lagi satu tanda-tanda anda bosan. heh.



Ini straw CBNTL limited edition. Dengan setiap pembelian rm30 keatas anda layak untuk membeli straw ini dengan harga Rm6.
*lihat model menggayakan straw dengan sungguh bergaya*



Lihat, siap ada gelas/cawan bentuk menarik ditengah-tengah straw membuatkan anda teruja untuk terus minum
*bibir tidak kelihatan apabila cuba menggunakan straw ni*



Wow! saiz gelas/cawan miniature ini lebih besar daripada saiz mata.
*perbandingan dibuat untuk menunjukkan saiz sebenar straw*



Straw telah disimpan dan terus tersenyum riang selepas sesi photoshoot tanda puas hati walaupun straw itu cuma dipinjam. tsk.
*Dengan membuat promosi ini, agak-agak CBNTL nak panggil I jadi model dia tak? Hoho*



Straw terlalu unik dan comel, hingga tak sanggup untuk di gunakan. Ha, inilah Passion Tropical Tea Latte [large size] yang diperkatakan diawal rancangan tadi. Sila dapatkan di CBNTL berhampiran anda. Jangan lupa beli sehingga rm30 keatas untuk layak membeli straw comel!
*Disebabkan tidak memebelanja rm30, I tak layak dapat straw. Maka cuma pinjam kawan punya untuk ambil gambar*



Rina Salleh: Oh, semalam teruja berbual di ym dengan salah seorang pro Chap Ayam Photographer [sila klik link di side bar] tentang dunia photography. Terasa diri seperti langit dengan bumi bila lihat hasil kerja beliau. Tambahan pula beliau sangat humble. Salute lah bro! Jumpa Ahad ni InsyaAllah;)

Rahsia aku masa kecik yang mak marah

Wednesday, June 17, 2009


Aku tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak. masa kecik dulu aku agak nakal walaupun berwajah suci innocent habis. tak percaya? ermm mungkin cerita aku ni boleh yakinkan korang.



kes 1: masa bulan puasa waktu aku darjah satu, aku tak tahan tengok orang makan aiskrim masa tunggu bas balik sekolah agama. makin lama aku tengok makin aku tak tahan. jadi aku pun terus pergi beli aiskrim sepuluh sen kat kedai depan tu. yeay! bas sekolah sampai, aku pun naik dan makan aiskrim dengan riang. bila turun bas sekolah aku pun buang plastik aiskrim malaysia tu kat tong sampah rumah jiran. sebab aku baik, buang sampah kena dalam tong sampah. heh. sampai rumah mak tanya harini puasa tak? aku cakap puasa. tak lama tu jiran aku datang hantar kuih untuk juadah buka puasa. lepastu mak aku dengan makcik tu borak-borak. tiba-tiba makcik tu cakap kat aku, eh ina kan tak puasa, boleh rasa kuih makcik ni dulu. mak aku pandang aku, aku tertunduk, kantoi! kantoi!


Kes 2: Ni mak aku cerita. Masa aku umur tiga tahun kot, aku suka sangat nak main kipas. Ala kipas meja tu. yang kecik tu tau kan? Bila mak aku on je kipas aku pun nak pergi dekat. Tapi satu harini mak aku kat dapur masak. Aku pulak teruja dengan kipas sampai masukkan jari tangan dalam kipas. HAHAHAHA. Jari aku luka berparut sampai sekarang. Padan muka!


kes 3: dulu mak aku belikan adik beradik aku sorang satu kerusi kecik. masa bosan kat rumah aku dapat idea nak main lompat-lompat kerusi, masa lompat tu satu kerusi patah. aku takut mak marah, aku sorokkan kerusi tu bawah katil. masa kemas rumah dah lama sangat lepas tu baru mak aku jumpa. mak tanya siapa yang patahkan. semua tak mengaku. hehe;p


kes 4: kat kampung aku ada kerusi kayu tinggi yang aku rasa cool. ermm, macam bar stool macam tu lah. kalau duduk atas tu rasa tinggi je. heh. bila balik kampung, sepupu aku yang lain pun berebut okeh nak kerusi kayu yang cool tu. tapi disebabkan aku comel aku dapat kerusi tu. tapi malangnya masa berebut kerusi kayu tinggi cool tu, aku gagal kawal diri lalu aku dan kerusi terjatuh atas almari kaca. kuku jari aku patah sampai kena doktor kata kena cabut. lepas tu taubat tak nak naik kerusi tinggi lagi. dan selalu adore kerusi tinggi kalau nampak kat mana-mana. almari kaca opah aku pulak sampai harini kalau tengok mesti aku terkenang peristiwa tu. lagi-lagi sebab pintu kaca tu arwah atok gantikan dengan papan je. tsk.


kes 5: aku teruju tengok blender(mesin pengisar). Aku rasa dia satu ciptaan unik yang canggih. Aku nak tau macam mana mesin tu berpusing sampai bawang-bawang sema hancur eh? Lalu satu hari masa mak aku sembahyang, aku cuba cuba petik punat yang ada kat mesin pengisar tu. tiba-tiba dia berbunyi dengan kuat. Aku panik. "Ina bunyi apa tu???" mak aku jerit bertanya. Aku terus letak tangan atas mesin pengisar yang masih berputar tu dengan harapan dia berhenti berbunyi bising. Tapi..... tangan aku luka. cepat-cepat aku tekan punat off. Damn! damn! Sampai harini ada lagi parut kat tapak tangan. Huh


kes 6: Bila balik kampung aku selalu main masak-masak. Aku teruja bila tengok api menyala besar bila letak getah ikat sayur kat atas api. hehe. jakun! tapi satu hari aku cuba bakar straw minuman dan straw cair menitik-nitik. kagum weh. aku kumpul straw banyak-banyak dan mula bakar. Aku teruja sampai tak perasan straw yang dah cair menitik atas jari aku. Tak la sakit sangat. Tapi petang tu jari aku mengelembung macam mata ikan emas bulat tu. Aku takut. Aku mula-mula tanak bagitau mak. Tapi sebab takut tangan aku kekal macam tu aku bagitau mak. Uwaaaaaaaaaaa. Mak marah.


Masa aku kecik-kecik aku nakal. jadi mak aku mungkin tertekan dengan perangai aku. mak aku garang weh. aku takut kalau mak aku marah. tapi tu masa kecik lah. bila aku dah sekolah menengah mak aku marah aku jugak bila aku aku buat salah. aku ingat dia tak sayang aku. Aku pernah plan nak lari balik kampung tanak duduk dah dengan mak aku. tapi aku kan penakut, so aku batalkan plan aku tu. tsk. bila dah besar mak aku sporting pulak. tu aku konfius. mungkin masa kecik aku nakal melampau batas sampai mak aku tertekan. haha.


Okeh, banyak lagi lah cerita mesti tak habis sampai esok. tahun depan je la aku sambung cerita lagi. Heh;p



Rina Salleh: Walaupun aku nakal, tapi aku sayang mak aku. Dan walaupun mak aku garang marah aku masa kecik-kecik, aku tau mak aku sayang aku. Buktinya, mak aku jadi kawan aku sekarang. Mwahh. I love u ibu;)

KOTAK - Masih Cinta

Tuesday, June 16, 2009





Akhir-akhir ni sangat rajin layan kuiz dekat facebook. Okeh, semua orang yang start layan kuiz mesti addicted. jangan nak tipu. heh;p Kuiz ni tak boleh percaya lah semua. sebab ada yang mengarut. Tapi yang satu ni aku rasa betul. Kenapa? sebab memang betul la weh. So(jadi) aku akan berazam untuk move on(bergerak ke depan).


Walau susah tapi aku tau aku mampu sebab aku ada kawan-kawan yang best. dan.. dan.. aku akan bagi peluang pada diri sendiri dan orang lain yang boleh sabar dengan aku ni lah. Susah weh.



Kotak - Masih cinta


Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta



Rina Salleh: Kalau hidup ni senang sangat tak mencabar lah kan. Sebab dalam hidup memang ada orang yang suka dan tak suka kita tak kurang juga yang pura-pura suka. haha.

Medan

Part 4 - 17 mei 2009

Hari terakhir kat Medan sibuk berjalan. Ni ada sikit je upload.



Depan Istana Maimoon. Tapi siapa maimoon, ini yang kita tak tau;p



Bergambar kenangan kat pasar ikan



Kakak jual air



Tak kira lah kat mana, kami suka amik gambar;)


Malam tu kitorang menginap kat hotel ni.



Kasut ni beli kat pasar buah, Berastagi. Murah dan mungkin hayat pun tak lama walaupun ia sungguh unik. Tsk!




Fatini merajuk tak dapat mandi kolam. len kali la eh sayang.



Mwah! mwah! nak balik dah

Berastagi

Part 3 - 16 mei 2009

Owh hari ketiga, kamera dah habis bateri. tak dapat ambik gambar banyak-banyak. haih.





With my gorgeous cousin, Iqa (indeed she's my best travel mate) & my uncle




Resort di Berastagi ni agak cool juga




Fatini yang sangat manja dan menggoda hati. Tengok tu penat dah kakak ajar buat peace tapi satu jari jugak. Tsk.




Naik kereta kuda ni kena bayar 5000rp untuk bergambar.


Tengok yang ni tak payah bayar rp5000 pun boleh bergambar dengan bergaya. Heh




Mungkin akan fikir5-6 kali kalau nak drive di Medan ni.




Ucapan tahniah dibuat besar-besar macam ni. Selalunya untuk majlis kahwin

Alasan kenapa kena pergi Medan. Haha

Wednesday, June 10, 2009

Part 2 - 15 mei 2009


Agak malas menulis. So enjoy gambar lah ok. Well it has been said that, a picture tells a thousand words. I hope, mine will tell u some;) Enjoy!




Jalan masuk ke hotel ni sangat unik. sebab hotel ni kat bawah aras jalan. concierge dia pun kat bawah






Dari parapat kat ke perkampungan ni ambil masa 45 minit. pemandangan dia cool gila!














Owh fatini memang selalu menggoda jiwa I nak cium dia. haha



Rumah kaum batak


Shopping skit je;p






Ni bahagian utara Danau Toba, lebih kurang 80km dari bahagian selatan. Jauh kan. Sempat lah weh aku tidur dalam bas masa otw tu




Pemandangan Danau Toba



Gunung berapi sipiso-piso yang masih aktif





Chalet di sepanjang tasik ni tak pakai alat penghawa dingin pun. sebab kawasan sini memang sejuk!

Catatan Medan 14 Mei 2009

Tuesday, May 26, 2009

Ok dah lama dah tapi baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal pergi Medan hari tu.



Part 1 - 14 mei 2009...


Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap-siap. Pukul 9.30 Iqa kata nak datang ambik aku dekat rumah. Erm, nak pakai baju apa ni? Dress hitam yang beli kat Little Black Book tu baru sekali je aku pakai. Kalau pakai harini pun best jugak ni. Lagipun bukan ada nak rentas desa atau panjat gunung. Hihi.



Sampai je dekat LCCT, yang lain semua dah tunggu. Lepas check-in bagasi, aku dengan Iqa makan Dunkins Donut sebab kitorang belum sarapan lagi. Habis makan tu ada masa lagi setengah jam sementara nak tunggu flight ke Medan. Jadi aku ambil peluang ni sambung baca novel yang aku bawak.



Aku memang tak ada masa sangat nak baca novel. Selalu sebelum tidur aku baca sikit-sikit. Ntah bila nak habis. Dekat rumah ada lagi dua tiga novel yang aku beli masa pesta buku haritu belum sentuh pun lagi. Aku awal-awal dah fikir, masa-masa terluang dalam perjalanan ni aku nak baca novel. Jadi aku memang siap bawak novel ni dalam beg;)



The Undomestic Goddess by Sophie Kinsella ni aku nak habis kan lagi separuh. Setakat ni buku tulisan dia semua dah habis baca. Lepas ni aku nak baca Can You Keep a Secret pulak. Lepas tu, aku nak baca novel-novel dari Cecelia Ahern especially P.S I Love You. Tapi belum beli lagi. Bila singgah MPH nak beli selalu je terasa belum ada masa nak baca. Tsk. Tsk.


Masa terasa pantas berlalu. Lagi pun penerbangan ni cuma ambil masa 50 minit je. Kami tiba di lapangan terbang Medan kira-kira jam 12 tengahari dan disambut mesra oleh seorang lelaki yang membawa sepanduk ‘Mr Jamallulail’. Tu nama pakcik aku.



Lelaki yang tunggu kitorang ni wakil dari agensi perlancongan kat Indonesia ni. Dia memang di tugaskan sambut kedatangan kitorang kat airport bersama sebuah bas yang tunggu depan lapangan terbang tu yang akan bawa kami selama empat hari di sini. Eh, tapi pakcik aku tak datang hari ni. Flight dia terpaksa di tunda esok sebab hari ni ada mesyuarat penting yang nak kena attend.




Naik bas je, aku dengan Iqa terus ambil tempat duduk baris kelima dari depan. Kitornag duduk bersebelahan. Aku suka kalau pergi berjalan dengan Iqa sebab kitorang sekepala bab berjalan ni. Aku boleh bayangkan sepanjang empat hari ni mesti best gila especially bila pergi beli belah. Teruja! Dalam bas, lelaki wakil dari agensi tadi mula memperkenalkan dirinya sebagai Kus dan mengucapkan selamat datang. Kus ni ramah lepastu suka buat lawak. Memang best lah!

Aku dengan Iqa duduk sebelah sebelah dalam bas




If happened that you are reading this Kus, I wanted to say “hye, nanti aku email kamu untuk minta kamu arrange kan percutian aku ke Jakarta ok”



Kus bagitau yang perjalanan seterusnya ke Danau Toba akan ambik masa 4 jam dan kami akan check in di Siantar Hotel, Parapat. Tapi sebelum tu Kus bawak kitorang makan kat Restoran Simpang Tiga. Sampai je terus terasa kecur air liur tengok lauk-pauk dah siap terhidang. Dah la tengah lapar ni. Lauk-lauk dia pulak sedap. Nyum nyum! Nasib baik aku ni bukan jenis yang memilih bab makan. Iqa pun sama. Jadi tak ada masalah lah pasal makan ni.


Selesai makan tengahari tu perjalanan 4 jam pun bermula. Kus bagitau bas akan singgah kat money changer. Aku tak nak tukar duit sebab dah siap tukar duit kat Malaysia dah. Tapi masa bas berhenti tu aku nampak kedai telefon kat sebelah tu. Aku memang dari awal lagi dah fikir nak beli nombor sini. Lagi murah kalau nak banding dengan caj roaming ke Malaysia.



Jadi aku pun beli prepaid simPATI dengan harga rp15000 lebih kurang RM5 duit Malaysia. Sempat tu aku pilih nombor. 081 370 882818. Tengok cantik tak nombor aku? Cantik tak? Tapi balik sini tak pakai dah la nombor ni. simpan je la. tsk.



Orang pertama aku telefon dengan nombor baru aku tu adalah orang paling aku sayang dalam hidup aku lepas ibu dengan abah, dan masa tu dia tengah kerja. Saja aku kacau. Sebab aku tau dia mesti rindu aku. Kalau tak rindu pun mesti dia ingat kat aku. Aku tau sebab aku rindu dia banyak-banyak. heh;p


Eh kalau u baca blog I, mesti u tersenyum je kan. I tau. -Hye darling, are you reading this?



Dalam perjalanan tu Kus pun ceritakan pasal kawasan sekitar. Memang patutlah lah kan dia cerita sebab dia kan pemandu pelancong. Kagum aku tengok banyak yang dia tau pasal negara dia. Kalau aku? Hehe. Sejarah Kuala Lumpur je aku dah fail, lagilah tempat-tempat lain. Tu lah, dulu cikgu ajar sejarah aku tidur dalam kelas. Padan muka! Sambil dengar coloteh Kus tu aku sempat lah ambil gambar dari atas bas. Tak lama lepas tu aku dah mula rasa mengantuk. Tak sedar bila aku tidur.



Bila aku sedar bas berenti singgah dekat kedai jual makanan kering. Aku pun turun minum Teh Botol dengan Iqa dan beli kerepek untuk bekal dalam bas. Sebab suka makan kerepek lah aku jadi suka merepek-repek ni. eh, mitos je ni, jangan percaya. Hehe.

Ni teh botol;)


Stesyen minyak kat sini nama dia PERTAMINA. Boleh kata sepanjang jalan takde jumpa pun steseyn minyak selain Pertamina. Cuma dekat airport je ade petronas. Mesti kaya pertamina ni.




Gambar dalam perjalanan. (Gambar ihsan manaf)


Lebih kurang jam 6.30 waktu Malaysia atau 5.30 waktu di Medan kami singgah pula kat sebuah kedai yang menjual ole-ole di Permatang Siantar. Nama makanan yang dijual kat sini pelik-pelik semuanya. Ada teng-teng, pang-pang, ting-ting, tang-tang dan tong-tong. Pelik kan? Ni nama makanan yang berbentuk manisan. Sedap. Aku beli teng-teng dua kotak, rasanya lebih kurang macam kacang tumbuk.


Permatang Siantar ni merupakan pekan kedua terbesar selepas Medan di provinsi Selatan Sumetera ni. Penduduknya pulak terdiri daripada 60 peratus penduduk beragama kristian dan cuma 20 peratus beragama Islam. Jadi tak hairan lah kalau di sepanjang jalan banyak terjumpa perkuburan kristian kat sini.


Pengangkutan awam kat sini pulak dipanggil angkut/angkutan. Angkut ni sebenarnya ialah sebuah van yang di cat dengan warna-warni dan bercorak-corak. Teringin rasa nak naik. Kat sini tak ada hentian bas woo. Kalau nak naik atau turun, cuma bagitau je dekat mana dan angkut ni akan berhenti. Jadi kadang-kadang jalan jam sebab angkut ni memang berhenti je mana-mana yang penumpang mintak. Lagi satu yang peliknya, dekat mana-mana kawasan disini, semua kenderaan, tak kiralah motor, kereta atau lori sekalipun semuanya suka bunyikan hon. Kus kata bukan diorang marah tapi memang diorang ni suka bunyikan hon. Dan kalau terjadi kemalangan pulak, kenderaan yang besar perlu bayar kepada yang kecil sebab yang besar dianggap bersalah. Oh, memang pelik!

Kat sini tak ada teksi atau bas. Semua naik angkut ni.



Kami Tiba di Siantar Hotel, Parapat kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan. Lepas letak bag kat lobi je terus kitorang pergi makan malam kat hotel tu. Pukul 8.30 tu pulak ada seminar. Sebenarnya tujuan aku ke sini sebab ada seminar ISO tapi cuma untuk satu malam je. Selebihnya kami akan berjalan-jalan sekitar Medan;)



Lepas makan aku dengan Iqa terus masuk bilik. Bila masuk bilik aku terus periksa suiz lampu, toilet, almari, tingkap dan tengok-tengok kawasan bilik. Ni memang rutin aku kalau ke mana-mana hotel. Aku periksa sekali lalu je la. Takut-takut tak ada air dalam bilik air, lampu rosak, pengering rambut dalam bilik air tak berfungsi ke atau ada binatang yang menyorok dalam almari yang aku tak tau. Takut. takut.



Lepas tu aku terus ke tingkap sebab bilik ni mengadap ke tasik. Cantik betul pemandangan walaupun malam hari. Kawasan ni sejuk. Bilik pun tak payah pasang air-cond. Memang sejuk! Hotel ni agak unik sebenarnya sebab kedudukannya yang berada di bawah dari jalan masuk.



Aku cuci muka dan bersihkan badan sikit sebelum bersiap untuk seminar. Masa seminar tu, Iqa pun join aku sekali sebab dia tak nak duduk kat bilik sorang-sorang. Sepanjang seminar tak tau nak buat apa, dia layan PSP je la. Aku pulak macam biasa tangan aku laju je menghala lens kamera aku ni dan ambil gambar apa yang patut.



Tengok. tengok. I sibuk bergambar masa seminar. Iqa pulak main PSP. Shhhh. jangan bagitau uncle I eh.


Habis je seminar aku dengan Iqa terus ke bilik. Malas nak berjalan-jalan. Penat lah. Aku pulak rasa teruja nak tengok siaran Indonesia ni. Masa tengah search channel aku terlekat dekat channel SCTV. Ada sinetron. Best giler. Tajuk sinetron tu, terlalu cinta. Aku tak kenal lah pelakon-pelakon dia tapi macam biasa memang cantik-cantik dan hensem-hensem pelakon dia.



Bersambung...

Kecewa. Tsk.

Friday, May 22, 2009

Bila mula-mula ambil keputusan nak jalankan perniagaan memang dah sedia maklum banyak cabaran yang menunggu. Sampai kadang-kadang rasa tak nak buat dah. Tapi dari awal lagi memang Rina dah berjanji pada diri sendiri, apapun halangan, macam mana susah sekali pun, tanpa sokongan siapa pun, Rina akan teruskan!


Bila siang bekerja, cuma malam dan hujung minggu diperuntukkan bagi mengupdate blog. Bersengkang mata pukul 1-2 pagi ambil gambar tudung-tudung/selendang untuk pelanggan. Berusaha lebih sikit supaya pelanggan dapat view yang lebih jelas. Keluarkan dari plastik, pakaikan pada patung dan ambil gambar. Kemudian Rina buat editing sikit supaya gambar lebih cantik dan masukkan watermark blog dalam gambar.


Tapi ada pulak pihak lain yang senang-lenang dengan selamba ambil gambar yang kita susah payah ambil dan letak di blog seolah-olah dia yang punya. Dengan selamba jugak buang watermark blog yang kita dah buat. Kecewa.







Tapi ni pun bukan kali pertama. Pernah jugak, ada blog yang gunakan social network link Rina sebagai dia punya. Jadi orang ingat tu blog Rina dan dia mengaku sebagai bisnes partner Rina. Huhu. Kalau nak ikutkan macam-macam lagi dah berlaku.


Sesungguhnya Rina sangat faham memang persaingan dalam perniagaan tak dapat di elakkan dan sememangnya bagus kalau kita ambil dari sudut yang positif. Malah Rina sokong dan sangat bangga bila ramai wanita-wanita muda menceburkan diri dalam perniagaan. Seronok bila dapat bertukar idea dan saling membantu dalam berniaga ni. Cuma Rina harap mereka menghormati orang lain juga.



Rina Salleh's: yang penting ikhlas...

tiba-tiba melayan jiwang lagu ST12 Puspa

Tuesday, May 19, 2009

Owh sejak-sejak balik Medan ni asyik layan lagu-lagu indonesia je. Somehow terasa macam diri ada connectivity dengan indonesia. Eh memang lah ada kan. I kan keturunan orang banjar. Ok mengaku jujur ni. Tiba-tiba terasa semangat ke-indonesia-an yang tinggi dalam diri. Iqa baca ni confirm gelak tak mengaku sepupu terus. tsk.


Ok salah satu lagu yang addicted sejak balik Medan adalah lagu Puspa. Lagu ni macam mana nak cakap eyh. Lagu ni tak lah sedap yang sampai kalau tengok vokalis dia terus pengsan. Tapi lagu ni comel. Ok, comel! Tapi lagu ni macam ada tak bagus la jugak. Sebab ada ke suruh orang break sebab nak couple dengan orang tu. Erm tapi mungkin boleh dimaafkan dan diterima akal kalau dah bf dia memang macam hampagas. Memang lah patut. haha. Actually dah pernah dengar lagu ni, tapi masa kat Medan dengar balik tiba-tiba teringat ada orang pernah dedicate lagu ni kat I. auuwwww~


Okeh nak dengar lagu ni pergilah download sendiri ye. Eh jangan-jangan. Pergi beli cd yang original okeh. I tak suruh pergi beli cetak rompak. I tak salah. tak. tak. Ni ada lirik je.



ST 12 – Puspa

kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

[reff]
jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

back to reff


Rina Salleh's: lagu-lagu St12 yang lain pun best. layan lah jugak. tak percaya? pergi lah dengar sendiri wehhh

Lepak dengan tersayang lepas dah lama tak jumpa. Rindu!

Salam


Haiihh lama dah tak update blog ni. ampun ya. hehe. owh minggu lepas sibuk uruskan kerja sebelum bertolak ke Medan. Tu lah tak sempat nak update. hehe. Alasan-alasan.


Nanti Rina cerita pasal trip ke Medan. Best la bila kita berjalan ke tempat orang ni. Dapat rehat, tenangkan fikiran, lupa kerja yang menunggu kat sini. Tapi still, pada Rina, katil dalam bilik tempat paling best walau pergi mana pun. haha.


Btw, semalam Rina kena gastrik lagi. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak. makin kerap. tapi salah Rina jugak la sebab semalam lupa nak lunch. Lepas tu terus dinner layan sirap bandung deng-deng dua gelas! hoho. Mamak apsal sirap bandung deng-deng kau sedap sangat? Tengok aku dah lupa dah tak leh minum susu bila perut kosong camtu. Owh ya, kalau gastrik tak boleh minum susu. ya betul, Rina tak reka-reka. doktor yang cakap.


Kesian k.Iefa, Ery & Azmi kena balik awal semalam tak dapat layan shisha lama-lama. Lepastu sibuk carikan orange, air limau suam. semua tak jalan. Hoho. Eh tapikan orange Charlie bagi semalam sedap. Hoho. Sebenarnya tak boleh makan orange jugak bila gastrik ni. Hehe. Sorry eh, next time Rina tak spoil kan time lepak eh. Dalam kereta nak balik memang dah stand-by plastik. Masa drive muntah-muntah. Mesti orang ingat budak ni mabuk ke apa? Muntah-muntah dalam kereta. Habis jeans dengan baju. Seat kereta pun kena jugak;( Hari ni nak hantar cuci kereta lah.


Tadi lepas lunch pun semua dah keluar balik. Adui. Lenyai lah badan camni weh. Haihh, kena jaga diri lebih lagi pasni. Uhuhu. Petang kang lepas pergi cuci kereta nak pergi kliniklah amik ubat.




Rina Salleh's: tersayang saya tu k.Iefa;) Ha cepat cakap terharu cepat. Kalau tak amik balik beg kulit rusa beli kat Medan tu. haha. Buruk siku

Kawan kadang-kadang menikam kawan

Tuesday, May 5, 2009


Kawan dan lawan dua jenis insan yang memang berlawanan. Kita selalu menganggap kawan adalah orang terbaik dalam dunia. Yang memahami diri dan situasi kita. Tapi kadang-kadang dalam kita tak sedar kawan juga adalah lawan sebab tu la ada pepatah gunting dalam lipatan.


Orang yang Rina anggap kawan rupa-rupanya bukan kawan. Orang yang Rina kadang-kadang luahkan rasa hati rupanya tak menyimpan rahsia kawannya ni. Menyampaikan cerita pada orang lain tanpa Rina tahu apa tujuan dia buat macam tu. Kecewa! Tsk.


Rupanya bukan semua orang kita boleh percaya. Hatta orang yang kita nampak baik depan mata mungkin ada agenda tersendiri. Kadang-kadang dia juga memberitahu cerita kita pada kawan-kawan yang lain walhal dia tau cerita tu bukan lah sesuatu untuk dikongsi kepada umum.


Kenapa ada nya orang macam ni? Depan kita pijak semut pun tak mati. Seolah-olah dia menyebelahi dan berpihak pada kita. Meluahkan rasa simpati dengan kisah kita dan memberikan kata-kata semangat agar kita kuat. Tapi sebaliknya dibelakang kita dia menjaja cerita pada orang.


Kawan kalau itu adalah dirimu, aku mohon maaf andai salah anggapan ku ini. Dan ketahuilah kawan, aku tak mungkin akan bercerita sepatah pun pada kau lagi.

4 & 5 May



KAwan-kawan yang datang meraikan Awie.

Sabtu minggu lepas seorang lagi kawan dah selamat mendirikan rumahtangga. Tahniah Awie & Ila! Awie ni timbalan pengarah masa Rina terlibat dalam karnival kerjaya UTM 2007. Jadi yang pergi kenduri tu semua kawan-kawan kelab masa kat UTM. Lepas dah makan dan puas bergambar dengan pengatin, kitorang pun buat keputusan pergi Alamanda. Tengok wayang. Haha. Dengan berkebaya aku pun selamba je ikut diorang tengok cerita X-Men Origin:Wolverine. Agak janggal bila orang pandang-pandang but hey, I don’t mind ;) Anyway, thanks Adly belanja kitorang semua.


Aku tumpang Zam haritu dengan Nadia


Lepas tu pergi Bangi Kopitiam sebab dah lama tak lepak sama. Masing-masing dah bekerjaya dan berjaya. Bangga la weh ada kawan-kawan macam ni. Berjumpa kawan-kawan lama memang best. Walaupun ada yang Rina tak berapa rapat dulu, bila dah lepak macam ni terasa rindu sangat zaman kat Uni dulu.




Ahad pulak Rina pergi ZARA WAREHOUSE SALE konon-kononnya nak shopping. Bila kak Iefa ajak terus la setuju tanpa fakir panjang. Tapi memang hampa. Keluar dengan tangan kosong walaupun semuanya murah-murah. Tsk! Lain kali jangan pergi SALE hari terakhir. Sebab pasti baju yang anda nak dah takda saiz, atau yang ada saiz tu ada rosak atau koyak gara-gara orang berebut masa hari pertama SALE. Bila dah bosan kitorang tengok movie. Haha.


Dari Curve pergi ke One Utama. Sebab Ery ada kat sana. Malam tu pulak kat Bora Asmara. Ok malas nak elaborate cerita panjang sangat. Tapi apa pun weekends ni memang best!

Picture of makeover workshop 19th April 09

Thursday, April 30, 2009

Hye,



pada 19 April 2009 Lovely Wedding (partner of EvogueModels) telah mengadakan workshop. So ni Rina upload la gambar sikit-sikit. Hihi. InsyaAllah next workshop akan diadakan pada penghujung Mei. Antara content workshop akan datang ialah pelajari tentang product knowledge; jenis2 foundation+aplikasi, dramatic eye make-up etc. Nanti akan Rina war-war kan tarikh dan details lain ok;)






Selendang/pashmina dari LOVELYAUSTERE





Studio overview





Perparation and discussion Rina Salleh & Iefa Adam






Workshop!





Step by step make-up






Participants





Styling shawl session





Step by step






Cert of participation







Alasan – alasan yang MACAM LOGIK tapi cikgu tak pernah ajar kat sekolah

Tuesday, April 28, 2009

Mungkin ada yang pernah berdepan dengan situasi macam ni. Tapi mungkin lah korang punya cerita lain kan. Takda lah mengarut sangat macam cerita Rina ni. Tapi cerita ini sekadar hiburan semata-mata. Takda berkaitan dengan sesiapa okay.



-----------------------------------------------------------------

SITUASI 1

Rina: Eh, U tak pakai tali pinggang, kang kena saman.

Kawan: Eh, dah pakai dah.

Rina: Tu belum lagi tu.

Kawan: I pakai tali pinggang dah kat seluar nih. Ok lah kan? Hahahahaha

Rina: Tsk *_*



-----------------------------------------------------------------

SITUASI 2

Rina: Cepat pakai seat belt, I nak drive nih.

Kawan: Ala, I baru je gosok baju nih. Lama tau gosok. Kang kedut-kedut balik. Bencilah.

Rina: Ha, senang tak payah pakai baju. LOL;p



-----------------------------------------------------------------

SITUASI 3

Polis: Masa memandu tak boleh telefon. Tunjuk lesen cik.

Rina: ermm. urgent ni encik. Terpaksa angkat.

Polis: Pakai lah hands free lain kali. Saya boleh saman awak macam ni

Rina: Ermm pakai tudung macam susah je nak pakai hands free kat telinga ni (alasan sambil mata terkebil-kebil)

Polis: Nah sign autograph ni.

Rina: uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa;(


-----------------------------------------------------------------

SITUASI 4

Polis: Awak memandu laju tadi. Mintak lesen?

Rina: yeke. Saya bawak 80km/jam je.

Polis: Rekod ni 130km/jam

Rina: Eh bukan kereta saya kot. Maybe kereta depan saya. Dia laju sangat tadi jadi kamera tu tak sempat rekod no plat dia. Rekod no plat saya sebab saya betul-betul belakang kereta dia. (cerita sambil buat muka bersungguh-sungguh)

Polis: kereta apa?

Rina: Ermmm, kancil

Polis: (Kerut dahi)

Rina: Eh kenari, Eh Eh..

Polis: Pandangan tajam

Rina: (Kantoi!)

Rina: Owh mungkin meter kereta saya rosak agaknya. Hisshhh. Time nilah jugak nak rosak meter ni. (sambil ketuk-ketuk meter kereta)

Polis: Merenung lagi tajam dengan misai tajam melentik

Rina: (mati akal) yelah yelah nah lesen




Rina Salleh's: Memanglah alasan ni cikgu tak ajar kat sekolah sebab memang tak boleh pakai pun! Eh eh, lepas ni jangan mengada-ngada nak tiru lepas tu salahkan Rina bila kantoi guna alasan ni cakap sebab baca kat blog Rina. Babap nanti!

Mungkin tag ini lebih best sikit dari SMART TAG di tol

Sunday, April 26, 2009

Cik adik WIRDAH, awak telah membuatkan kakak jawab tag ini dengan jayanya pukul 1.30 pagi sebab akak baca tag no 9 tu, rasa terharu dan malu;


9. Sape no.1 kpd anda?
br je knal..via alam maya!dia seorang kakak yg sgt chumell+chanteq+positive+...n more... :)


--------------------------------------------------------------------------

Mari menjawab tag dengan laju seperti lalu di SMART TAG tak payah berhenti bukak tingkap atau pintu segala. Laju terus jalan!



1.Anda rasa anda hot?
Eh mana tau ni. I hot lah jugak, hot temper!



2.Upload gambar kegemaran anda





3.kenapa anda suka gambar itu?
Gambar ni masa kat taman buaya Sarawak. Ermm, tak lah kegemaran sangat gambar ni, cuma tadi tengok rasa nak upload.



4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Lama sangat lama sampai dah lupa bila kali terakhir. Tengah teringin gila! Eleh, kau semua pun teringin nak makan Rina. Roti bakar pun nak teringin jugak apa hal;p



5.Lagu terakhir yang anda dengar.
On bended knee - BoyzIIMen. YE saya memang suka lagu R&B. peduli apa. yaya!


6.Apakah yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Nak sambung membaca atau menulis



7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dgn nama apa?
Dulu dulu masa arwah moyang hidup, dia suka pangil Ayen sebab dia tak reti panggil Azrina. Tapi nama tu comel sampai sekarang rindu. Lepas moyang dah meninggal, takda lagi dengar orang panggil Ayen. Onyang rindunya;(



8. tag lagi 3 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.
1. LEEZAN ALI
2. NADIAH IBRAHIM
3. JUNAINAH SARTAR



9. Sape no.1 kpd anda?
Dia seorang kawan yang comel! suka sangat dengar awak menyanyi leezan. dan jugak kawan bila nak gosip pasal selendang kat ym. Hihi. sshhhhhhhh~ rahsia ni Leezan;)



10. Bagaimana plak dgn no.2?
Model pujaan ramai. haha. Nad sangat rock!



11. Kata sesuatu berkenaan dengan org no.3?
Hidup memang penuh dugaan. Aku tau kau tabah.



Rina Salleh's: Rina panggil arwah monyang, Onyang.




orang perasan cantik sombong nak mampus

Thursday, April 23, 2009

1.Bekas kekasih saya adalah :
kawan-kawan sekarang


2.Saya sedang mendengar:
bunyi keypad tup-tap-tup-tap


3.Mungkin saya patut :
ada lebih banyak masa untuk ibu


4.Saya suka :
Bila tengah produktif; fikir, planning, execute, buat sampai jadi.


5.Sahabat-sahabat baik saya :
sangat memahami dan selalu buat benda2 best yang nak buat Rina touched sampai air mata bergenang. thank u tau!


6.Saya tak paham :
Kenapa orang kena merokok?!


7.Saya kehilangan :
High heel paling best masa kat hostel dulu. sape lah curik ni. haih


8.Ramai yang berkata :
Muka Rina dengan adik sama sebijik. toink!



9.Makna nama saya :
Tak tau. boleh ke? kalau ada yang tau silalah bagitau


10.Cinta itu adalah:
Bila hati berbisik, aku mahu kamu... dan semuanya riang;)


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bekerja keras membentuk hidup


12.Saya akan cuba :
Kekalkan semangat yang ada


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
I dont believe this


14.Telefon bimbit saya :
Sony Ericsson


15.Bila saya terjaga dari tidur :
ha ni macam semua orang pun buat, cari phone. tengok kalau ada mesej ke call ke. hihi. lepas tu terasa nak call dan kejutkan orang tapi tak jadi. haha;p


16.Saya paling meluat apabila :
orang perasan cantik sombong nak mampus!


17.Pesta/Parti adalah :
tak cool!


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing! meow meow


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
semua pun best sebab tiap-tiap tahun lain, benda yang jadi, lain orang yang kita jumpa. so semua pun best!


20.Hari ini :
tidur terganggu dengan kejamnya sebab mimpi tengah main-main air sekali ada anak ular patuk tangan! terus terjaga segar buat kerja terus. padan muka siapa suruh kau tidur time keje la wehhh! haha;p


21.Malam ini saya akan :
pergi jumpa kakak cantik sambil main kaler-kaler muka orang. kak iefa tunggu i datang ni;)


22.Esok pula saya akan :
Meeting pagi-pagi lepas tu pergi berseronok!


23.Saya betul2 inginkan :
hidup yang tenang bersama encik cinta


24.Ketika sy lihat wajah sy di hadapan cermin pagi ini :
saya selesa tanpa sebarang mekap ke pejabat;)


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? :
mestilah beli belah. beli-beli barang terus blah suh orang lain bayar. haha!


26.Makanan Barat atau Jepun? :
dua-dua pun makan je


27.Bilik yang terang atau gelap? :
gelap dengan lampu cahaya yang suram. tidoooooo


28.Makanan segera adalah :
tak bagus untuk kesihatan! saya anti okeh


29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang?
my love is still there for u


30.Siapa yang sy nak Tag?
si cantik dan si hensem. haha

Rahsia badan slim ;)

tag pakar diet


Rina dah kena! kena tag dengan eis kamil. terus rasa nak buat tag ni walaupun padahal nak tidur dah sebab eis tulis kat blog dia, rina salleh (dia ni bz orangnya. buat la andai tidak bz ye). terus rasa macam patut jawab terus tag ni. terharu tak terharu tak? hihi;p


1) Berapakah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?

berat - 43-44 kg. tapi macam dah naik lah sekarang sebab siang tadi kat ofis baru kena tegur, kak rina dah berisi sikit eyh. hihi;p
tinggi - lebih kurang macam orang normal yang lain. (okay lama dah tak ukur tinggi sebenarnya)


2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
berat paling tinggi mungkin 48kg kot. masa tu umur 15 tahun. masa zaman muda remaja Rina memang agak BERISI, muka bulat, banyak jerawat, kulit hitam. eh eh takde kaitan. dah dah.


3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
Takdelah makanan sampingan. Baik simpan duit pergi makan tempat best-best atau masuk tabung simpan duit nak kawin. haha;p


4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat? Usia anda pada ketika itu?
Eh paling rendah mungkinlah masa lahir kan? Jap, ni kena tanya mak dulu lah dulu masa lahir berapa kilo!


5) Anda pernah sertai program pelangsingan? Nyatakan kejayaan anda?

Tak pernah dan tak pernah terfikir lagi.



6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda yang paling rendah?
Makan macam biasa cuma Rina tak makan daging merah sangat. Dulu memang tak makan langsung, sekarang makan lah jugak sikit-sikit


7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
Erm tak pernah naik mendadak. tapi kalau nak jugak jawapan, mungkin naik mendadak sebab banyak makan dari pagi sampai malam ade 6 kali makan macam masa kat kolej dulu-dulu!


8) Apakah target anda untuk kurus selepas ini ?
Erm nak maintain je lah. Lepas tu target nak kawin lah dah umur 24 ni weh. kang dah 25, 26, 27.. wuuu~~ takut. takut. okay apa benda merepek ni Rina oi!


9) Miliki gambar anda dulu dan kini?

Ya saya miliki gambar-gambar itu



10) Sila uploadk ok?
Dulu punya kena scan lah. tak leh scanlah sekarang okay? printer tak sambung ngan laptop. alasan. lalala~


MARILAH KITA TAG ORANG LAIN:

1. Siti Nurhaliza
2. Mariah Carey
3. Paris Hilton

Okeh ada masa jawab eyh. Hahahaha...

Celebrating 24th Birthday

Wednesday, April 22, 2009

Surprised!!!


Owh Rina dah 24 tahun. 24 weh! Dah besar dah rupanya, baru perasan. Hihi. Minggu lepas rasa terharu gila. Sebab harijadi Rina sambut banyak kali. Mula-mula masa 18 April kat studio Evouge. Masa tu tengah buat preparation untuk Makeover Workshop esoknya. Masa tu Rina pun sibuk siapkan sijil sambil tengok design Mi buat. Rina dah cakap ok pun suruh tengok lagi. Tiba-tiba rupanya ada kek diorang nyanyi ramai-ramai. Terharu sangat okay! Memang lah tak sangka sebabnya belum lagi 20 April. Sayang korang banyak-banyak!



Tarikh: 18 April 2009
Lokasi: Evogue Models Studio



Zie, Along, kak Iefa, kak Emy, Mi & Ery (amikkan gambar)



Encek ni salah sorang yang sponsor kek. Tapi dalam gambar ni tiba-tiba sopan santun pulak. Hihi.



Eh, ni kena buang lilin ni dua batang, Rina baru 22 lah kak Iefa. Hahhahaha;p



Potong kek!



Ni kek coklat yang sedap!




Tarikh: 19 April 2009
Lokasi: Zam's place Kota Damansara



Ni pulak 19 hb malam. Zam beria ajak lepak. Masa tu agak mengantuk dah. Nak datang sini pun siap terlepas simpang. Masa tu fikir, ni kalau lagi satu simpang terlpeas, balik terus lah. Zam suruh jumpa kat bawah ofis dia lepas tu gerak satu kereta nak pergi makan. Sekali Zam boleh pulak nak singgah ofis dia. Haihhhh. Abis aku ni nak kena tinggal kat bawah ni sorang-sorang ke? Dah la takut sebab area ofis Zam ni sunyi.


Zam: Aku nak naik jap. Nak amik barang. Meh lah singgah ofis aku jap.
Rina: Eh aku tunggu kat bawah je lah (Dalam hati siap fikir, kang naik kalau kena tangkap ke ngan si Zam ni nanti dah jadi macam kes N***** ngan M**** plak)
Zam: Meh lah. Abis ko nak tunggu kat bawah ni?
Rina: Ermmm, ofis ko ni ada lampu ke tak, tangga naik ofis ni ada lampu? (sambil mata meliliau tengok jalan yang sunyi)
Zam: Adalah.
Rina: Eh, takpelah. aku tunggu kat bawah je lah. Kau lama tak?
Zam: Aku ada nak hantar email ni, kau lepak jap tengok tv ke apa.
Rina: Cepat sikit eh. Aku pun nak balik awal ni.
Zam: Yelah yelah



Naik tu mulut asyik membebel je sebab nak kena naik tangga tinggi. Haha. Rupa-rupanya kat atas tu ada Aiman, Fifi, Junne, Dzofeer & Chiqie dah siap-siap tunggu dalam bilik. Bila Rina sampai je terus diorang keluar sambil nyanyi nyanyi comel. Terima kasih sebab bersusah payah buat semua ni;) Tau ni semua mesti plan Chiqie. Nak kena budak ni! lain kali jangan buat lagi, nak nangis okay.



p/s: Zam, nasib aku dah lama kenal kau kalau tak jangan haraplah aku nak naik atas tau!




Comel kek tu tak sampai hati nak makan. Hihi



Eh, terima kasih Chiqie belikan cupcakes ni. Haha



Muka semangat happy dapat banyak kek comel



Manalah order kek ni weh?



Pose sebelum balik
(kan gelap kan kat bawah ni. sunyi gila)





Love,
Rina Salleh

Gambar sengal masa tunggu photoshoot

Thursday, April 16, 2009

Salam,


Wah wah Rina lama kau tak update blog. Nak kena nih!! Sorry lah, minggu ni agak sibuk. Tido pun kadang-kadang tak cukup. Hihi. Okay-okay. Semalam ada photo shoot macam biasalah memang lama. Ni semua gamba-gamba sengal dalam phone masa sesi photoshoot. Haha. Nanti Rina tulis lagi eyh lain kali. Ni tak sempat.





Owh, I'm the one yang make-up kan this guy. Cepat cakap terima kasih kat I, Alif. Haha





Kak Iefa, A great friend, teacher, partner, sister and indeed a make-up artist;)




Nad, I lufff u sister. Terharu tak? Tsk*_*




With Zie =)









P/s: Gamba phone memang selalunya agak mengecewakan mata yang memandang



Love,
Rina Salleh



Kelas jalan macam kucing

Wednesday, April 8, 2009

Alamak tak sempat nak update cerita lah. Asyik tak sempat. Jari-jari ni memang berkobar-kobar nak taip kisah-kisah hidup yang bosan. Macam cerita pergi Nilai survey bridal wear semalam, pergi tengok movie fast & furius 4 ahad lepas, harapan menggunung nak pergi tempat yang ada pantai dalam masa terdekat ni, etc. Nanti lah update.


So sementara ni nah tengok lah gambar dulu. Ni gambar aktiviti hujung minggu. Erk alamak kak Iefa, ter-masuk wajah rakan baik anda dalam ni dengan post dan jalan terbaik beliau. Salah kan Amin. dia yang amik gambar. haha;p




Balancing. Ingat tayar kereta je ada balancing?





Chop2! sebelah Rina tu bukan Tomok OIAM okeh.




Pivot turn. bukan pervert atau private atau pirate of caribbean.




E Vouge Models studio yang di cintai (kak iefa kena bayar royalti pasni okeh)


p/s: Eh minggu depan 19hb ada workshop mekap kat E Vouge Models. Contact Rina untuk keterangan lanjut;)

satu message dalam inbox

Tuesday, April 7, 2009

Saya rindu seseorang!



walaupun harini cuma ada satu message dari dia dalam inbox saya, ya SATU. dan itu hanya membuatkan saya bertambah rindu. tapi itu dah lebih dari cukup dan saya simpan elok-elok.



ok, babai, Gud nite;)

Saya nak jadi doktor cikgu

Monday, April 6, 2009


Setiap insan ada cita-cita dan impian. Kalau bernasib baik tercapai lah cita-cita dan impian tu. Eh bukan nasib baik je, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan dengan ketentuan Allah jugak! Kadang-kadang cita-cita boleh berubah. Berubah mengikut persekitaran dan kehidupan seseorang tu.


Masa kecik-kecik, cita-cita mungkin banyak dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling dan kerja-kerja yang gah dan glamor. Doktor, jurutera, arkitek, akauntan, polis, bomba, pramugari antara cita-cita yang famous dalam profil budak darjah satu. Lantas bila di belek-belek cikgu, cita-cita dalam satu kelas tu semuanya seakan-akan sama. Bila cikgu tanya, apa cita-cita awak? Dengan bangga, si kecil ni pun jawab lah, “saya nak jadi doktor cikgu.” “Kenapa nak jadi doktor?” “Sebab boleh tolong ubatkan orang sakit”. Suci murni sungguh cita-cita. Padahal satu apa pun tak tau pasal doktor. Yang tau, doktor tu pakai baju putih, boleh pakai benda-yang-boleh-dengar-degup-jantung-orang lepas tu cucuk orang. Haha. Selebihnya fantasi-fantasi belaka.


Masa kecik-kecik dulu, cita-cita Rina nak jadi:

  1. DOKTOR
  2. PERAMUGARI
  3. AHLI BOMBA.

Haha, ahli bomba memang tak boleh blah. Cikgu siap tanya… eh, betul ke nak jadi ahli bomba awak ni? Ni kerja lelaki ni. Masa tu tiba-tiba rasa macam, eh tak boleh eh jadi bomba?? Ok, padam tukar. Tanya kawan sebelah…

Rina: eh yang jadi macam bawak kertas gulung-gulung besar kat dalam tv tuh kerja apa eh?

Kawan: ooo, arkitek.

Rina: eh yeke. Erm tu yang lukis-lukis tu kan? Bukan yang tu. Tak best. Ni yang macam yang pergi tempat yang tengah buat bangunan lepas tu pakai topi putih keras tu bawak kertas gulung-gulung yang besar tu. Dia yang macam tunjuk-tunjuk kat bangunan tu.

Kawan: erm, engineer kot.

Rina: ha yang tu lah. Bahasa melayu panggil apa?

Kawan: Engineer lah.

Rina: (eeee, bukan lah!) Eh awak engineer bahasa melayu apa? (pada kawan duduk belakang)

Kawan duduk belakang: Jurutera.

Rina : ha!! Tulah nama dia;)


  1. DOKTOR
  2. PERAMUGARI
  3. AHLI BOMBA JURUTERA

Okeh dah siap. Maka tulah cita-cita masa dalam profil darjah satu. Kalau cakap nak jadi cikgu ke rasa macam, alah tak glamour nanti. Nak kerja yang ada nama. Boleh duduk pejabat pakai cantik-cantik. Dengan harapan nanti jadi orang kaya. HAHA. Tapi sekarang macam teruja dengar orang jadi cikgu. Dah terbayang-bayang nak jadi cikgu sebab kawan-kawan ramai jadi cikgu macam best lah pulak.


Bila dah sekolah menengah cita-cita berubah lagi. Masa tu baru tau Rina takut darah dan tak lah into sains sangat. Walaupun keputusan sains bagus tapi macam bukan jiwa Rina lah. Jadi macam mana nak jadi doktor? Huhu. Lepas tu minat akaun pulak. SPM pun akaun berjaya dengan cemerlang. Tapi bila masuk Universiti, amik kursus lain pulak gara-gara terpengaruh dengan persekitaran masa nak mohon kursus tu. Masa tu buat part-time di suatu firma konsultan.


Dan sekarang minat dah berubah. Okeh minat ni memang ada dari dulu, Cuma dulu masa belajar nak kursus gempak-gempak. Alah semua orang pun masa orang tanya, “Eh awak amik course ape?” Mesti macam best bangga je nak bagitau kalau kursus kita ambil tu glamour gempak. Konon-konon macam hebat lah. Tapi bila dah kerja baru tau macam mana kerja sebenarnya. Memang tak lah sama macam masa belajar. Boleh lah nak apply kan sikit-sikit. Yang lain semua bergantung pada pengalaman dan pengetahuan serta inisiatif sendiri. Kerja tak lah susah tapi mencabar lah kan. Kalau tak mencabar semua orang boleh kerja apa-apa pun atau tak payah kerja terus.


Cuma bila jiwa tu tak kesitu, kerja jadi macam berat walaupun ringan. Rasa tak begitu best lagi walaupun orang lain teruja dengan title dan kerja kita. Kena suruh sikit dah rasa membara je jiwa. Kena tegur betulkan balik surat yang salah taip pun rasa nak campak terus surat yang kena reject tu. Biasalah dah tak nak semua pun nampak tak best. Huhu. Kalau memang dah cita-cita dan kuat semangat, rasa macam LAUTAN API SANGGUP KU RENANGI la weh. Susah mana pun sanggup. Kena kerja sabtu ahad pun sanggup. Tak dapat cuti raya pun takpe. Tak dapat dating pun ok. Macam fikir girlfriend/boyfriend ke kena lah paham kan. Ni tengah nak bina kerjaya ni. Support lah weh. Kata partner sehidup semati.


Sekarang ni Rina tengah berhadapan dengan krisis ni. Bukan lagi krisis untuk berubah cita-cita. Tapi berubah profession. Peluang datang depan mata. Tapi, sanggup ke tak sanggup? Nak ke tak nak? Berani ke tak berani? Kang abah tanya nak jawab apa pulak? Ibu macam biasa memang memberi sepenuh sokongan walau apa pun yang Rina buat. Mungkin doa ibu yang buat kan Rina dapat melepasi ujian-ujian sebelum ni dengan jayanya walaupun tak lah hebat mana.




p/s: Jadi sekarang ni semua terpulang pada diri. InsyaAllah rezeki tu ada dimana-mana kalau kita yakin dan usahakan dengan sungguh-sungguh kan. Amin. Rina sila lah pasti dengan keputusan awak ni.




Love,
Rina Salleh

Sekolah tadika dan kisah air Vitagen

Friday, April 3, 2009


Tiba-tiba kenangan sekolah tadika menyelinap dalam kepala otak ni. Dulu Rina tadika kat tadika KEMAS Taman Ehsan/Desa Jaya. Ni dekat Kepong Selangor. Ha, yang pakai baju kotak-kotak kaler merah tu. Ingat tak? Masa tu mana ada tadika orang putih macam sekarang. Lagi pun mahal kot, mesti lah ibu dengan abah tanak hantar pergi sekolah mahal. Tak mampu la weh.


Okeh masa tadika dulu sangat lah suka pergi tadika sebab ada kawan-kawan, makan ramai-ramai, ada nyanyi-nyanyi lagu-lagu best macam lagu rusa yang-dah-lupa-macam-mana-lagu-tu tapi memang best sebab siap ada action masa nyanyi sorok-sorok dari nak kena tembak. Konon-konon macam rusa lah. Haha. Paling best ada satu hari, dah lupa hari apa, yang boleh masuk library kat tingkat atas. Excited! Sebab kat atas tu tak boleh naik hari-hari biasa. Yang tak boleh tu lah yang best kan yang nak jugak sangat-sangat.


Tapi sepanjang kat tadika dulu paling tak boleh lupa ada satu hari ni order air Vitagen masa orang datang buat promotion kat tadika. Kelakar. Macam semangat bila ada yang order-order ni semangat balik nak bagitau ibu dengan abah lepastu pujuk-pujuk nak jugak. Eh, macam la kat kedai takde. Tapi bila pergi kedai macam takde pulak semangat nak beli. Ni semua terpengaruh dengan kawan-kawan. Tapi malangnya, hari yang nak dapat air Vitagen tu Rina tak pergi tadika. Tak ingat apasal. Macam ada emergency balik kampong. Bila balik rumah tengok ada air Vitagen depan pagar. Rupanya ada kawan satu tadika tu dia tolong hantarkan sebab dia naik bas sekolah sama dengan Rina. Woooo. terharu bila ingat kan balik. Sanggup suh uncle bas tu lalu depan rumah Rina walaupun Rina tak naik bas haritu semata-mata sebab nak hantar air Vitagen yang satu pack tu;)


Lagi satu, ada satu hari ni baju tadika tertumpah kena bubur masa duduk nak makan ramai-ramai. Terus menangis, cikgu pujuk-pujuk. Haha. Malu sampai nak nangis-nangis. Dah cukup-cukup nangis. Sendiri yang buat tumpah nak nangis. Sememah. Tak macho langsung okeh!


Masa tadika kan ada hari sukan. Tapi seriously bab-bab sukan memang fail lah. Haih. Walaupun acara yang di pertandingkan macam makan biskut sambil tangan kat belakang, tiup belon sampai pecah, bawak bola dalam sudu (sambil tangan kat belakang jugak, kenapa semua game dia tak bagi pakai tangan?), rebut kerusi dan lari dalam guni tapi memang tak dapat menang apa pun. Mungkin ni bukan bidang Rina lah. Tu pasal tak menang mana-mana acara. Hehe. Mungkin kalau ada acara sukan jalan berlenggang dengan payung baru boleh menang kot!


Tapi masa tadika saya dapat anugerah pelajar terbaik keseluruhan dan terbaik keseluruhan sesi pagi. E’eh Rina, piala kat umah dah berhabuk simpan dalam setor buat penuh setor je lagi mau cerita. Huh.



P/s: masa tadika dulu ada sorang budak nama Wan apa tah. sangat cantik. Suka tengok dia. Haha. Mungkin dari kecik dah ada sifat macam ni. Owh, nanti Rina scan gambar masa zaman tadika nak upload kalau ada.

Penyakit itu penghapus dosa?

Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan kerananya kesalahan-kesalahannya."(HR Bukhari)


Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari)


Dalam dunia ni semua orang pernah ditimpa sakit. Tak kira lah sakit apa kan. Dari sakit biasa sampai la sakit kronik. Tapi kita sebagai hambaNya kena lah terima dengan redha. Teruskan hidup macam biasa tanpa ada rasa putus asa. Berfikiran positif tu paling penting!


Bermula hujung tahun lepas rina di serang gastrik yang agak kronik. Dulu-dulu ada jugak tapi biasa je. Paling teruk pun sakit perut, pening-pening sakit kepala. Tapi last year masa pergi Sarawak tiba-tiba di serang gastrik yang teruk. Cerita nya sebab lewat makan tengahari. Lepas tu makan pulak kari berempah yang pedas. Malam sebelum tu, makan tomyam yang agak berempah ratus. Sangat sedap dan saya dengan pakcik Fido melantak sehingga tomyam licin sementara diperhati Iqa dan Lone. Ahhaha. Padan muka. Makan tak beringat.


Petang tu jalan-jalan muntah-muntah sepanjang jalan. Pakcik Fido agak risau. Sebab berhenti kat traffic light pun terus meluru keluar muntah tepi jalan. Yelah takkan nak muntah dalam kereta Lone kan. Minum ENO pun tak berkesan malah lagi teruk muntah. Malam tu start sakit dada, sampai ingat kan ada sakit jantung atau asma datang menyerang kembali lepas dah berapa tahun tak kena asma. Huhu. Tapi tu adalah simtom-simtom biasa bagi sakit gastrik. Badan rasa sangat lemah macam sakit-sakit sendi. Pergi klinik, doktor tanya macam-macam. Doktor siap mengjengilkan mata beliau sebab Rina bagitau makan tengahari tadi pukul 3 lepas tu makan kari kepala ikan. Hahhaha. Doktor marah. Sorry encik doktor.


Lepas dari tu Rina pun jaga makan. Semua pun ok. Sampai la minggu ni, gastrik datang balik dengan teruk. 2 Hari MC. Tak pergi kerja. Tapi sakitnya berlarutan sampai la hari ni. Kira dah 5 hari dah. Tapi sakit ni tak nampak. Dan dia menyerang macam sekejap-sekejap. Terasa perut sangat sakit di tarik-tarik. Badan rasa lemah sakit sendi. Malam tadi ibu tolong picitkan kepala. Bestnya. Nak tertido rasa. Tapi kadang-kadang sampai orang boleh rasa kita mengada-ngada. Sakit tapi kat luar nampak sihat je. Cuma orang yang pernah rasa tahu macam mana sakitnya. Huhu. Takpela cobaan.


Semalam sempat la goggle pasal gastrik ni. Baru terasa nak jaga betul-betul. Huhu.


- Elakan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkabornat dan makanan yang di awet. Limau, epal, cuka, air bergas, cili padi, makanan yang pedas dan makanan yang membawa angin seperti pulut pun tak boleh.


- Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat makan makanan yang berlemak.Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.


- Amalkan tabiat makan yg teratur. Tak boleh skip sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Ye Rina sila makan dengan lebih teratur!


- Dah kenyang berhenti makan. Jangan paksa perut. Tak boleh makan banyak-banyak nanti muntah. Huhu


- Elak makan gula2 getah, ia untuk mengurangkan kita telan udara yang banyak.

- Banyakkan rehat


- Elak makan ubat jenis aspirin n anti keradangan tanpa steroid

- Jauhi tekanan/stress!!!!! Stress memang BUKAN penyebab kepada ulcer/gastrik tetapi ia boleh menyebabkan ulcer/gastrik lambat sembuh. Punca utamanya adalah sejenis bakteria H.pylori yg boleh hidup dalam asid yg tinggi. Nak bunuh dia kena makan ubat tak kiralah moden atau alternatif. So ubat yang doktor bagi tu macam Nexium, laparazole adalah utk bunuh bakteria tu. Paling singkat tempohnya sebulan kena makan. Waaaaaaaaaaaaaaaa, sebulan ke?



Banyak lagi makanan yang kena pantang........




Love,
Rina Salleh

riri wanita cute

Thursday, April 2, 2009

TAG oh TAG


Okeh rina dah di tag oleh cik leeya. dush! tapi macam comel pulak bila bace kat blog leeya,

senaraikan calon yang akan di tag:
*riri wanita cute

ah comel. sila tengok betul-betul. WANITA. saya dah jadi wanita rupanya. ingatkan nak tulis anak gadis ke apa. dah boleh kahwin jadi mama ni. haha. cehh, malu kejap baca. siap blushing terus. tak payah pakai blusher dah pegi ofis. okay okay, terus jawab tag!


1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
cop2, nama blog yang mana satu. gila tak tau. okeh buat dua-dua.

lovely-austere: nama ni sebab dari zaman skolah lagi memang suka. semua benda pun nak letak nama ni. laptop pun nama ni, blog selendang pun nama ni. sebabnya dulu orang cakap Rina ni macam sweet lovely atau dalam ertikata lain manis (konon-konon) tapi Rina pulak rasa, Rina ni sangat tegas, serius, bla..bla.. so rasanya austere tu sangat sesuai. Jadi tercipta la nama Lovely-austere yang sangat glamor tu (perasan) Okeh semua orang dah tau rahsia ni!!

RINA SALLEH: ni nama komersial. kalau jadi artis plan nak pakai nama ni. hahaha! jangan layan!

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://lovely-austere.blogspot.com seperti alasan dia atas. dah salah tulis kat tempat lain. lantak la labu.


3. apakah method dalam penulisan anda?
Aik, macam buat thesis pulak. Tiada method khusus. bergantung pada jari-jari yang nak ketuk papan keyboard ni.


4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Pernah private kan blog ni beberapa bulan. Masa tu takut penulisan semua emosi kang ada terasa hati ataupun muak membaca nak muntah-muntah. So tutup dulu. Masa tu bos pun happy sebab buat kerja dengan tekun di ofis tanpa nak taip-taip blog. haha;) Tapi tiada niat nak hapuskan blog!!!!

mungkin akan hapuskan JIKA:

(a) saya dah kahwin dan suami tak bagi sebab risau saya dingorat seperti di zaman anak gadis. haha.

(b) saya dah pindah duduk dalam gua takde internet connection. rugi la ada blog tak update weh

(c) anak-anak saya terlalu comel dan manja dua puluh empat jam tanak berenggang, jadi tiada masa nak berblogging

(d) saya jadi pramugari yang cemerlang, tiap-tiap hari atas flight takde internet

(d) saya dah takde kat dunia. nanti suh kiki delete kan blog sebab dia je yang tau password


5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini
Cik leeya- saya rasa dia misteri masa mula-mula baca blog dia. tapi blog dia best sebab tulis sempoi-sempoi! lepas tu rupanya rasa macam dia reflector saya. hihi. dia binti salih saya binti salleh. dia keje qs saya pun qs. cuma dia mungkin suka keje qs, saya tak suka! sama-sama tahun 85. beza cuma dia dah tunang dan saya belom ada boyfriend pun. But hey, dats not a big deal;)

6. senaraikan calon yang akan di tag?

-junne damsel

-eus

-eyra

-leez

-cik nora

KELIRU, PLASTIK

Wednesday, April 1, 2009

dear dairy diary,



Kenapa hati saya rasa tak tenteram? malah kelakuan pun seolah-olah macam plastik. semua serba tak kena. semua nampak buruk. langkah pun terasa janggal. hati pulak berdegup laju. perasan tak menentu. saya keliru.



I am talkative. i mean bukan la jenis pendiam. i easily can start d conversation with someone. anyway, lots of thing to talk about kan. but this time its different, rasa macam mulut terkunci. sampai kena pk nak cakap apa. i have to think hard. really hard. you know, like what's next to say. cakap pun macam sangat kelam kabut. this is not me! i have to control. huh, sejak bila Rina???!



p/s: entry ni tak perlu difahami sebab Rina sendiri tak faham dan cuma tulis je sesuke kati hati ;)




love,
rina salleh

Saya keturunan orang Banjar (comel)

Monday, March 30, 2009

Salam,


Agak lama blog ni terbiar tidak diupdate. Huhu. Maaf blog. Alololo, jangan majuk eyh, ni Rina nak tulis la ni. Hehe


Sepanjang minggu ni, banyak perkara yang jadi. tapi yang Rina nak share harini pasal pemanduan atau dalam cakap Banjar nya dipanggil driving. Owh ya, saya keturunan orang Banjar. Moyang saya dari Banjarmasin. Atuk nenek saya keturunan banjar. Ayah saya cakap Banjar. Kampung saya di Kampung Banjar. Orang banjar cantik dan comel (yang ni tambah sendiri). Kulaan, guring, kade tahok, gering, aroh, antara perkataan banjar yang saya tahu. Sekian.


Okey, pasal pemanduan tadi. Rina paling geram kalau jumpa orang yang memandu macam nak makan angin atau bercuti di jalan raya. Bawak kat lane paling kanan tapi dengan selamba buat macam jalan sendiri bawak 40km sejam. langgar kang baru tau. Tu satu hal. Jumpa pulak orang yang tak reti nak bagi signal. Punyalah canggih teknologi tu dicipta tapi tak nak guna pulak. Suka hati je menyelit konon-konon teror lah tu. hoh.


Paling tak best kalau jemmmmmmm! huiihhh, memamng menguji kesabaran tahap ke dua puluh. nak pulak bawak kereta manual, perghhhhhhhh. lagilah. Dengan kelajuan gear satu dan paling laju gear dua, memang menuntut kesabaran yang tinggi termasuk kekuatan kaki yang stabil. apatah lagi bila memandu tanpa kasut. sampai rumah mesti ada corak-corak pada clutch yang dah terbentuk indah di tapak kaki. (ok, Rina drive tak pakai kasut)


Kalau nasib tak baik, masa jem tu anda akan berjumpa orang kereta sebelah melambai-lambai kepada anda sambil tersengih-sengih atau memandang kearah anda seperti anda adalah saudara yang dah dua puluh tahun terpisah. helllloooo, tak selesa ok!


Akhir kata jadilah pemamdu berhemah. haha. iklan kejap;)



p/s: terima kasih **** sebab harini mengingatkan saya bahawa saya adalah orang Banjar;)

Makeover workshop by EvougeModels

Tuesday, March 24, 2009





Lets join us!



Babe,

I received so many emails and message asking an opinion on how to do a good make up, to style their shawl, to look good, etc.

So here are good news for you!

A professional make-up artist, Eifa@vouge, will be conducting a makeover workshop on daily and glam make-up for events. (pssst: she great at do make-up for runaway models and studio shoot). And she invited me to conduct a session on how to style your shawl perfectly. A step by step guide. Yeayyyy! (I'll give some tips too on choosing the right shawl for u, the colors, materials etc)

There will be a high tea for you to mingle around and meet new friends;)

When
12 April 2009
2pm - 7pm

Where



EvougeModels
20-2, Block 3C, Jalan Wangsa Delima11,
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
(behind carrefour Wangsa Maju)

Fees
RM 80 Only!
A certificate will be provided too

What to bring
Basic make-up - compact powder, brush set, blusher, eyeshadow (white, black, brown, u can even share), mascara, lipstick, etc that u think necess ary.


How to participate
Contact us to confirmed your seat. we'll tell you what to do nex t!


Come and join us!!! tell your friends and its exclusively limited for 30 pax.


During studio photo shoot. make-up by Eifa@vouge

During a personal make-up class



Shooting bersama DARA

Saturday, March 21, 2009

hye hye,


Hari khamis lepas Rina dijemput untuk menjadi model bagi satu segmen majalah DARA.COM. Photoshoot tu untuk ruangan mekap. Memang best sebab make-up ditaja sepenuhnya oleh M.A.C. Gambar pun takde nak upload. tunggu je la publish dalam DARA nanti. Taktaulah macam mana hasilnya. *malu*


Lepas photoshoot tu Rina lepak dengan Dedey kat OTWC Bangsar South. Walaupun dedey baru balik dari klinik sebab jumpa doktor, eh sebab demam, tapi dedey still luangkan masa lepak sama-sama dua tiga jam. thank you Dedey!! Seronok sebab perbualan haritu sangat informatif. Rina memang suka berbual benda macam ni dari benda tak faedah sangat. tapi kalau pasal benda lain pun layan jugak. hihi.





Love,
Rina Salleh

Terima kasih kakak cantik!

Friday, March 20, 2009

Quote from facebook Rina Salleh:


Oneyb Mie :
blog kamu mcm novel...tersentuh jer baca...mcm2 emosi...

saya tak tau sgt pasal kamu...tapi baca blog kamu saya rasa related jer dari segi satu sudut tu....entah la...kamu jujur ekpresi apa kamu rasa..bukan semata2 utk bg org baca apa kamu tulis ,asalkan ada bahan utk dibaca..tapi kamu luah apa yg kamu rasa supaya pembaca bole turut serta journey kamu tu......tambahan dgn lagu background tu...bukan seperti blog2 yg saya baca setakat ni la...saya bukan pembaca blog tapi kalo tersinggah tu saya akan belek2 dan baca..kadang saya akan lupa jer tak ingat langsung pasal blog org tu...blog kamu mcm magnet....teruskan usaha..manatau bole jadi novelis....(^^P) ikhlas dari saya....



terima kasih ye kakak. Rina sangat terharu. tengah mencari jugak apa yang dimaksudkan tapi tak jumpa sebab rasanya biasa je semua yang ada dalam ni. apa pun terima kasih sebab membaca blog rina ni. TERHARU!



mwahh!



love,
rina salleh (memang suka letak. peduli apa)

TIPS MACAM MANA NAK BUAT BOS TAK MARAH WALAUPUN KITA RASA DAH BUAT SALAH

Thursday, March 19, 2009

Okeh seperti yang dijanjikan semalam... kini rahsia paling hebat telah terbongkar --TIPS MACAM MANA NAK BUAT BOS TAK MARAH WALAUPUN KITA RASA DAH BUAT SALAH!


Mungkin tips-tips berikut boleh dijadikan panduan untuk anda melembutkan hati bos anda atau bakal bos anda ;)


1. Apabila anda terserempak dengan bos anda semasa menjejakkan kaki di pintu ofis tatkala jam menunjukkan jam 9.30 pagi, tunjukkan keyakinan diri yang tinggi dan jangan senyum tersengih-sengih kerana bos akan bertambah marah melihat senyuman anda itu. Wajah yang penuh keyakinan memebuatkan bos yakin anda bukan sengaja lambat tetapi telah tidur lewat menyiapkan kerja-kerja ofis dirumah sehingga lewat malam tanpa menuntut o/t walaupun sebenarnya anda tidur lewat gara-gara berchatting dan berblogging atau sibuk membungkus pesanan pelanggan di lovelyaustere


##langkah 2 hanya boleh dibuat jika anda yakin. jika tidak terus ke nombor 3.


2. seterusnya beramah mesra dengan bos sambil memberitahu bahawa anda terserempak dengan isterinya semalam di mydin semasa anda membeli barang-barang dapur sambil memuji betapa isteri beliau kelihatan lebih langsing dari sebelumnya(boleh cakap kalau anda wanita sahaja). Awas sekiranya:

i. anda wanita, dan bos anda seorang wanita, jangan pulak anda kata jumpa suami nya semalam semasa anda pergi minum di Nailis dan mengatakan suami beliau kelihatan lebih hensem. Maka, sia-sia saja. Anda akan terus di pecat! (walaupun benar sila zip mulut anda)

ii. anda seorang lelaki dan bos anda seorang lelaki, jangan pulak kata anda kata jumpa isteri nya semalam dan si dia kelihatan masih mengancam seperti anak dara lagaknya. ni confirm anda tak sempat masuk ofis, terus bos halau keluar.


3. terus ke tempat/cubical anda dan segara on kan pc/laptop. ambil dokumen dan terus selak seperti anda bersungguh-sungguh bekerja.


4. print kan dokumen yang anda sudah siapkan petang semalam sebagai back-up untuk anda print pagi ni seolah-olah anda sibuk. (pastikan setiap petang sebelum pulang anda ada bahan untuk di print keesokkan pagi. barulah nampak macam banyak kerja pagi-pagi tu)


5. Mengadap pc/laptop dengan wajah bersungguh. sesekali kerutkan dahi tanda anda cuba memahami isi kandungan kerja anda, walaupun sebenarnya anda tengah men-download lagu dari pc/laptop anda sambil melihat gambar anda yang di tag rakan semasa ke party ulang tahun teman wanita rakan anda malam tadi di facebook.


6. Sekiranya anda makan tengahari bersama bos, bincangkan perkembangan projek anda supaya bos yakin anda seorang yang komited terhadap tugas. Bila bos dah start cerita lain maka anda layan kan je.


7. Kalau bos datang ke tempat anda tanya "Eh Rina, dokumen kontrak macam mana, dah siap?" dengan penuh yakin anda menjawab "Eh dah siap. tunggu maklumat dari konsultan lain yang nak masuk dalam ni, lepas tu boleh terus bind" (walaupun anda pun tak pasti kontrak tu yang mana satu)


8. lalu depan bilik bos sekurang-kurangnya dua kali sehari, supaya bos nampak anda sedang print dokumen atau fax dokumen kepada klien. makanya anda memang buat kerja. tak curi tulang. (hello jangan la curi tulang, daging isi sekali curi. tulang je tak kenyang. haha)


9. Bayar duit kelab dengan konsisten. kalau bayar untuk bulan depan terus lagi baik. Baru nampak macam kita sayang syarikat. Bila meeting boleh la bangga sikit.


10. Lebih baik lagi jika anda anak bos, anak saudara bos, adik ipar bos, adik-beradik bos atau sepupu sepapat bos, maka anda tidak perlukan tips-tips di atas. SELAMAT MENCUBA!


Rina: kalau bos saya baca, maaf ye. ni gurauan semata-mata. saya tak pernah buat kat ofis camni. tak caya tanya kecik, napi, sha, dya, manap. weh, back-up weh. kita kan teamwork! haha;)

BINTANG PUJAAN RAMAI

Okeh malam-malam ni, I mean pagi-pagi buta ni memang nak merapu je keje. tak tau nak tulis apa tapi tangan gatal-gatal nak tekan keyboard lepas bosan bersiar-siar di facebook.


Dulu-dulu tengok drama yang ada bintang popular macam Rosyam Nor, Umie Aida, Aida Rahim dan Rahim Razali selalu teruja. Sebab nak jadi macam diorang bintang pujaan ramai. Walaupun diri tak secantik Rozita Che Wan tapi masih ada hati. Tak sedar diri. Cehhhhhhh. Paling jatuh cinta pada Rosyam Nor. Okay, point perenggan ni nak cakap suka tengok cerita Rozana, tu je.


Malam ni kepala ting-tong sikit tapi teruja sebab tadi baru tau macam mana rasa orang nak PITAM. dulu masa sekolah, bila hari sukan ramai budak-budak yang pengsan (Okay 2-3 orang je). lepas tu fikir, ala ni konon-konon je ni. Ngada-ngada. haha. tapi tadi rasa hampir tak sedar diri dan hampir rebah di atas karpet pakistan usang abah beli masa tingkatan satu. Tapi lepas tu sempat fikir, camni lah kot orang yang pitam tu rasa sebelum dia pitam. Nasib baik masih kuat lagi berbekalkan char kueteow yang dimakan tengah hari tadi di Permai Golf Club (macam orang kaya lunch nak tempat mahal-mahal, nasib baik ada kontraktor belanja, kalau tak tak merasa lah) Mungkin gara-gara belum makan apa-apa malam ni buat kepala berat sampai jadi sedikit tak stabil emosi. tak pasal-pasal.


Esok saya ada shooting star macam twinkle-twinkle little star. jadi terpaksa ambil cuti. patutnya esok meeting dan ada seminar. Habisla mesti boss marah. tapi boss saya tak. Sebab saya ada rahsia dan tips macam mana nak buat boss tak marah (nanti saya share tips paling best ni). Haha. Okay dah start merapu. Kena berhenti sekarang, nak pergi pack tudung Syiria fesyen no satu masa kini nak post esok.



Love,
Rina Salleh (kenapa kena letak? memang orang dah tau kau yang post la Rina. gedik)

AWARD!

Wednesday, March 18, 2009

AWARD!



Dalam dunia blogging ni, pemberian award memenag popular! yeyeeyeyeeee! owh Rina nak bagi award ni pada orang lain pulak. Tapi lepas tu belanja aiskrim la;p


SILA AMBIL PERHATIAN, ANDA TELAH DITAG!!! dengan penuh rasa kasih sayang...


1. LEEZ
2. NEDDY
3. JUN
4. EJA
5. ELYNA


ala.. ramai la sisterhood.. kenapa lima jek? nak tambah lagi boleh? tak kisah!!! nak tag semua sister yang baca blog ni;) yeeeeeyyyyyyyyyyy!

MATRIKULASI

Monday, March 16, 2009

Part 1


Semalam masa lepak dengan Nad & Dedey kitorang ada cerita pasal student life. So ada lah terkeluar cerita masa rina di zaman matrikulasi. Tiba-tiba rasa nak share cerita ni.


Sepanjang hidup, Rina tak pernah duduk asrama. Kenapa, entah. Mungkin masa sekolah dulu nak main-main je. Lepas tu masuk matrikulasi tu macam satu kejutan. Matrik saya terletak di KEDAH. Pernah dengar Kuala Nerang? tak pernah? okay, memang tak famous, sangat jauh. Naik bas 1 jam dari Alor Star. Sempat tidur dalam bas walaupun bas bergerak goyang-goyang gara-gara bas yang dah uzur dan jalan yang tak begitu rata.


Masa mula-mula masuk cabaran saya adalah HOMESICK. Okay, sebab tak pernah jauh dari rumah. Seminggu menangis. tiap-tiap pagi sebelum pegi kelas keluar awal. Pukul 6.30 dah siap. pukul 7 keluar bilik. Nangis dulu tepi padang. Baru pegi kelas. Tapi taknak bagitau ibu sebab taknak ibu susah hati. Memang nak ketawa bila ingat balik =)


Okay-okay balik pada point asal. Masa kat matrikulasi Rina selesa buat semua sendiri. Tapi Rina tengok ramai yang suka ke kelas dalam group. Pergi mana-mana muka tu jugaklah. Mungkin diorang berpegang pada prinsip setiakawan. cuma kerana Rina tak suka macam tu, orang ingat Rina sombong. haihh, tolong lah faham. Saya tak suka masa saya terikat. Cuma bila dah lama-lama tu Rina ada lah rapat dengan satu group ni. tapi kadang-kadang je dengan diorang. Kalau ada perkara Rina nak buat, Rina tak tunggu diorang dan tak mintak diorang tunggu Rina. Because i want to do it by myself in my own time and i don't want end up feeling guilty for making someone else waiting for me.


Masa kat matrik juga Rina belajar mengenal insan bernama manusia. Kenapa? Masa di matrik biasa la, semua orang belajar gila-gila. Tapi Rina pulak tak biasa dengan study group, stay up malam-malam etc. Kalau buat jugak, confirm tertido. Huhu. Pukul 10 memang masa bersiap untuk tidur. Rina study ikut mood sendiri. Masa tu kawan-kawan satu aras pun kenal-kenal macam tu aje. Sebab Rina adalah penghuni tetap bilik tv. hehe. asyik tengok tv je. Orang lain bertungkus lumus belajar kat bilik pun Rina rilek je, study sambil tengok tv;) Okay cuba bayangkan kat situ takde tempat nak dituju. Takde komputer dalam bilik. So that's the only entertainment!


Rina cuma ada 2-3 orang kawan rapat masa tu. Bukan sebab sombong tapi Rina selesa dengan mereka ni je. Mereka yang tak pura-pura. Satu hari ada sorang kawan bagitau, yang ada kawan-kawan perempuan dia yang tak suka pada Rina. Terkejut jugak. Alasannya Rina terlalu lemah lembut. Kononya buat-buat lemah lembut sebab nak tarik perhatian lelaki. (Im not that desperate okay!) Apa punya alasan entah. Tapi Rina tak peduli pun. Saya cuma menjadi diri sendiri dan tak ingin berpura-pura. Lain lah diorang, depan bukan main baik lagi, rupanya kat belakang enak menganyam ketupat. uhuh.


Bila keluar result exam Rina syukur sangat. Tak payah la bagitau berapa pointer tapi cukup lah kalau Rina kata pointer tu kalau kat Uni termasuk dalam senarai anugerah dekan. Ada jugak cakap-cakap belakang masa tu, mungkin sebab diorang pun tak pernah tengok Rina study. Suka hatilah. Saya tak perlu menunjuk-nunjukkan bila masa saya belajar kan? Mungkin sebab ada dari mereka tu yang dari sekolah berasrama penuh atau MRSM atau mana-mana sekolah yang pandai-pandai lah dan Rina cuma dari sekolah biasa tepi jalan je pulak tu. Tapi sikit pun tak pernah terkesan kat hati apa yang diorang cakap.


Dari situ Rina belajar, bukan semua yang baik depan kita tu adalah kawan. Mungkin masa tu Rina terlalu naif. Tapi zaman matrikulasi banyak mendewasakan saya... Malah antara sahabat baik Rina sampai hari ni pun Rina kenal semasa di matrikulasi.



p/s: To Hajjar, aku sangat rindu nak tengok bulan sama-sama belakang asrama bila kita ada masalah walaupun dah hampir enam tahun saat-saat tu berlalu. (lamanya dah, okay terasa sangat diri dah makin tua. haha)




Love,
Rina Salleh

DRAGONBALL & MR. R

Salam,


Owh, semalam Rina, Nad & Dedey pergi dating!


Ahha. Was fun! dah lama tak ada masa melepak bersama kawan-kawan. Makan aiskrim sambil pot-pet-pot-pet. Tengok movie DRAGONBALL yang sangat best! Comel! Hihi. Makan di Little Penang (my favorite cafe at Curve!) Do some shopping at Ikea. lepas tu balik;)












Okeh pasal Mr. R. ramai pulak yang tanya. Glamor lah you Mr R. Sorry lah i tulis kat sini. If you were reading this, I'm sorry. But no worries, nobody knows who you are except you. kan?


We did message and he called last night. Ok, actually I am a bit nervous to know that I'd be friends with someone like you. Anyway, all the best!



p/s: Blogger lain, we have nothing ok. he is just a friend.



Love,
Rina Salleh

BOLEH SAYA BERKENALAN TAK?

Saturday, March 14, 2009

Salam,


Baru sampai rumah dah terus berblogging. Akhir-akhir ni sangat rajin nak menulis. haha.


Benci lalu Jalan Tun Razak hari ni. jammmmmmmm! ok, tau lah ada MATTA FAIR (betul ke eja?) semua orang nak pergi PWTC. Rina stuck kat situ dalam setengah jam. Dahla nak cepat pergi kelas. Kaki pun lenguh dah. asyik gear 1 je. Paling laju pun 2. Bila nak masuk 5 ni? Ok sabar, sabar.


dah dua minggu tak pergi kelas, rasa kekok sikit. lama-lama dah ok. Ery asyik jerit - "-bounce mana Rina? -bahu tilt! -kaki swap" ahaha. dah biasa dengar. ok saya akan rajin belajar lepas ni. uhuh!


Balik kelas, pergi hantar egg tart nad. Nad ajak lepak Oldtown White Coffee tapi Rina plak dah janji dengan orang lain. So Rina plan nak singgah hantar je. Sebabnya ada kenalan masa belajar kat Uni dulu ajak keluar. dah berapa kali dia ajak, tapi rina selalu je ada hal. Sampai dia yang tanya, bila nak ajak dia keluar. So tadi dia mesej masa kelas tanya, Rina pun takda plan so Rina setuju la nak kuar dengan dia. Tapi tak lama lepas tu dia call. Esok u buat apa? Kita keluar esok nak? sebab kalau malam ni macam kejap. Esok boleh spend time lama sikit? Errrkkk....


So sebab tak jadi keluar maka melepak lah saya dan Nad di Oldtown yang pada saya paling besar antara Oldtown tempat-tempat lain. punya lah best kitorang bercerita sambil makan nasik lemak dan asam laksa sampai tak sedar masa berlalu. Sekali datang petugas kat situ bawak order form. Ala, kalau kita pergi Oldtown nak order kan kena isi form tu. ha, Form yang tu la. Rina terkejut. Sampai terfikir, kedai ni dah nak tutup ke sampai dah bawak bill nak suruh bayar? Cepat nya? huhu. Rupanya bukan.


Petugas: Cik, ni ada orang suruh bagi you?
Rina: Apa ni?
Petugas: I tak tau la. Ada orang bagi you. Bukak la dalam tu.
Rina: Ermmm..

"Boleh saya berkenalan tak? R**** 012-******* (topi merah)"
mata terus melilau kalau-kalau si tuan badan ada memerhati ke? risau jugak.

Petugas: Dia cakap nak berkenalan dengan you. Hensem. Bukan orang biasa tau. macam standard-standard. you tak perasan ke. Dia duduk meja sebelah you tadi
Rina(dalam hati): Apa la amoi ni cakap. Si R**** ni selalu datang sini ke? dia kenal ke? bukan orang biasa? habis tu alien ke? anak raja? eeeeee.. macam la aku tengok semua orang kat sini. mana la nak perasan.
Rina : Eh yeke saya? ke dia (sambil tunjuk pada nad)
Nad: Eh bukan. (macam la Nad tau;p)
Petugas: Dia cakap you. tadi dia tunjuk kat you. nanti you contact lah dia (sambil tersenyum berlalu pergi)
Nad: cewah-cewah Rina (sambil tersenyum mengusik)


Lepas tu kitorang sambung balik perbualan. Dalam kepala sempat terfikir. Siapa orang tadi eh? Habis makan tu kitorang pun pergi kaunter nak bayar. and the best part is Nad belanja! YEYE! thank you Nad. mwah! mwah!


to mr r****-if only you know my current situation, haihhh... awak mungkin tak nak kenal saya


Love,
Rina Salleh

SHOOTING, SAKIT PERUT

salam,



hari ni pagi-pagi lagi Rina dah kena bangun. ibu kejut mintak hantarkan pergi rumah kawan. bersihkan diri ala kadar, tukar baju, start enjin dan hantar ibu. lepas tu terus balik rumah tak singgah mana-mana sebab keadaan diri tak meng-izinkan walaupunsebenarnya berniat nak singgah seven-eleven sebab sangat rindu nak minum air susu strawberi pagi-pagi ni.


semalam was fun. walaupun photoshoot dari petang sampai pukul 11malam dan saya sakit perut, tapi sangat best. ok, harap-harap banyak photshoot lagi lepas ni. addicted;) nanti kalau ada gambar yang boleh publish, Rina akan upload kan kat sini. (sebab saya dibawah kontrak)


hari ni pulak kelas dari pukul 2 sampai pukul 6. dah sebulan kat kelas pun jalan sepah-sepah lagi. step pun tunggang langgang. haha. tak sabar nak g kelas ni harini. sebab semalam order cream puff 20biji kat kak ifa. harini nak melantak. haha.


oh, akhir-akhir ni saya ada masalah perut. sampai sekarang pun sakit lagi. huhu.



love,
rinasalleh

SENYUM TAK KAKU

Friday, March 13, 2009

salam,


malas nak bercakap tentang cinta lagi. malas ke? Rina nak jadi orang dewasa dah ni. tak lama lagi. habis sekarang ni muda remaja ke? hihi. jadi mulai sekarang, saya perlu lebih terbuka dan bersedia menghadapi hidup. lagi pun cinta cuma sebahagian daripada kisah hidup. banyak lagi perkara lain yang menuntut perhatian kan.


semalam Rina masih lagi tidur sekitar 4 pagi. tapi pagi ni tak lah lambat sangat pergi kerja macam semalam. awal sikit. tapi masih lambat. kalau pejabat Rina pakai punch card, tentu merah kad Rina hari-hari. hihi. tapi jangan tak tau, bila masuk lambat, Rina akan pastikan waktu bekerja cukup. Jadi Rina akan balik lewat sikit. Bole kan buat macam ni? ;p


Oh, petang ni ada photoshoot. jadi Rina dah ambil cuti separuh hari harini. ala, dah la sakit perut. harap-harap nanti senyum tak buruk dan badan tak kaku. tapi tadi tengok cermin mata sembab pulak. takpa2. dah make-up nanti mesti dapat tutup cela-cela tu semua. hihi.


baju semua masih di dobi. sebelum balik tengahari nanti kena ambil baju dulu. lepas tu bersiap keluar nak pergi cari baju sukan. tak pasal, last minit prepare, ceh! alamak! kan dah cakap kasut nak pakai minggu ni. padan muka haritu cerewet sangat nak pilih kasut sampai tak terbeli terus. mungkin kasut purple, hitam, biru, coklat dan nike pink tu dah cukup. singgah mana-mana nak solat zohor dan terus menuju studio. rancangnya macam itu lah. makan? kalau sempat. kalau tak sempat, beli roti kat shell ke petronas. senang. kalau semua lancar, on time Rina sampai;)

LAMBAT

Thursday, March 12, 2009

salam,


harini Rina masuk kerja lambat! ye LAMBAT! L-A-M-B-A-T


masa parking kereta tengok jam dah 9.45 pagi. sampai ofis dah dekat pukul 10!! padan muka sendiri sebab bangun lambat. Ini semua gara-gara tido pukul 4 pagi semalam. bila bangun pagi tu, rasa malas nak bangun. peluk bantal sekuat hati. lelapkan mata kembali. nak tido sepanjang hari. taknak pegi kerja. taknak buat apa-apa. pastu hati mula berkata - kalau bos marah macam mana? kena berenti nanti? "lantak la. aku dah sedia" ye saya nak resign!


tapi bila abah kejut, terpaksa bangun. gagahkan diri mandi. tu pun lambat.


sampai ofis, tengok file dengan drawing berlambak atas meja rasa nak campak! rasa nak lari. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. tapi tak tau nak lari kemana.


mungkin rina perlukan cuti..


Rinaaaaa.....
silalah menjadi diri anda sendiri balikkkk;(


REPOST 2007

salam,



Tadi secara tak sengaja Rina terbukak blog lama dalam fs. itu pun sebab ada sorang hamba Allah ni dia mesej Rina pasal entry tuh. huhu. tak sangka ada yang baca kisah-kisah Rina yang entah apa ni. Rina pun baca entry tu balik. Waktu tulis ni tahun 2007 dalam bulan Julai.



Keadaan Rina agak tak terurus masa tu. Masa tu kat Uni duduk hostel. Masalah ni melanda masa baru bukak semester. Terperap je dalam bilik beberapa hari tak buat apa langsung! Bila geram, tulis blog sambil air mata mengalir. lepas tu tido balik. Bangun semata-mata untuk mandi, solat. Makan pun sekali sekali je. Tingkap bilik pun tak bukak. Cuma sesekali Mimi datang dia tolong bukak kan tingkap. Masa tu apa jadi kat luar pun Rina tak tau. Bergerak pun cuma ke tandas.



Kalau kenangkan balik memang sedih. Tapi mujur ada kawan yang setia masa susah senang macam Mimi dan Jun. Diorang yang beria belikan makanan Rina. Sesekali datang bilik menjenguk tanya kabar. Walaupun masa tu sepatah yang diorang tanya, sepatah Rina jawab tapi masih setia menunggu dalam bilik. Bila tak tau nak cakap apa dah, Rina baring kat katil, tarik selimut, tido. Lepas tu Mimi pun keluar, tutup lampu dan kuncikan pintu bilik. Terharu sangat!



Hati terdetik. sekarang ni, situasi yang sama berulang. cuma bezanya Rina dah kerja dan ada kat rumah. Kesibukan kerja buat Rina tak sempat fikir pasal benda lain. Tapi bila balik rumah mula lah semuanya menjengah ke minda. Ibu pun macam faham je situasi Rina ni walaupun Rina tak pernah cerita semua pada ibu. terima kasih ibu!



--haiiiiii Rina.. Rina.. kau memang tak pernah serik bermain api yang kadang-kadang membakar diri sendiri.


----------------------------------------------------------------------


JULAI 2007...


cinta yg penipu!!


titis air hujan menyebabkan aku sedikit emosi. lately ni hari2 hujan.. agaknya hujan nak temankan aku melalui hari2 yg kecewa ni.. org dulu2 kata cinta tu madu, cinta tu racun.. skarang aku rasa mmg betul apa yg org cakap tu. hidup aku agak tunggang langgang akhir2 ni! semua nya sebab cinta. cinta yg x pasti mana hujung pangkalnya. tp cinta tu la jugak yg aku kejar. cinta tu jgk yg aku harapkan. sampai aku tersungkur jatuh mengejar cinta.. mmg cinta tu buta dan cinta dah berjaya membutakan hati aku!


Kalau korang prasan banyak sgt lagu2 cinta..aku slalu tak percaya dgn lagu-lagu cinta tu sbb aku tertanya2 ada ke insan yg mcm tu? mengagungkan cinta dan org yg dicintai.. tapi setiap kali aku tertanya, aku akan yakin kan diri yg mmg ada insan yg mcm ni.. mcm org yg aku cinta sekarang. tapi aku mmg salah!!! mana ada org macam tu sebenarnya..


Cinta lah yg bagi aku harapan utk teruskan hidup. hidup dgn kegembiraan. tidur lena yg dihiasi mimpi-mimpi indah. angankan masa depan bahagia dgn orang yg dicintai. tapi sekelip mata cinta tu boleh pergi..membawa pergi bersama harapan, angan, mimpi indah.. dan akhirnya takde apa-apa yg tinggal dengan aku sekarang..


Cinta mmg rumit... cuma hati yang merasa... cuma hati yang faham...


"i’ve meet love. i’ve keep it. i’ve treat it with devotion. i’ve cared for it. i know it loves me too. but it’s just happen to slipped out of my hand…where it goes??"


Ni la situasi aku sekarang..aku jaga cinta yg aku bina, aku setia pd cinta, aku bg sepenuh perhatian, aku curahkan sepenuh kasih sayang.. tapi aku pun tak tau mana silapnya. cinta tu pergi jua.. mungkin aku yang salah. tak tau macam mana nak jaga cinta tu..


Buat teman2 yg sentiasa memberi sokongan & nasihat..terima kasih x terhingga~


Buat cinta ku..pergilah kalau ia bukan utk ku..

------------------------------------------------------------------------


luff,
riririna



PILIHAN SIAPA

Wednesday, March 11, 2009

salam,


okeh hari ni Rina nak tulis pendek je. sebab Rina nak pendapat dari korang semua.



kalau kita tengok harini kebanyakan boleh kata semua kahwin atas dasar suka sama suka. kira bercinta, kenal semua la sebelum kawin. tapi apa pulak pendapat korang kalau:


(a) terima untuk berkawin dengan orang yang kita baru kenal dan bercinta lepas kawin


(b) terima untuk kawin dengan pilihan ibu bapa




sila lah share...




luff,
riririna

ISNIN

Tuesday, March 10, 2009

salam,



semalam cuti! ye Isnin cuti sempena maulidul rasul (isu ni rina nak kupas tapi lain kali ok). So sebab semlam cuti, Rina pun pegi jalan-jalan. haha. kebetulan ahad kelas cancel, so Rina duduk rumah je ahad tu. cuma keluar kejap pegi bayar bill dan cuci kereta. hehe. isnin baru la keluar. seronok. lupa sekejap semua masalah.



owh semalam kan Rina jumpa dua orang budak yang tersangat comel! owh comel sangat sebab perangai dia yang buat Rina rasa nak cium-cium! hihi. macam ni, semalam masa pegi solat kat surau, ada sorang budak ni, masa Rina tengah amik wuduk, dia pun sibuk-sibuk nak berwuduk. "mama, amikkan wuduk adik skali" dengan nada pelat-pelat. lepas tu dia pun solat ikut kakak dia. siap boleh toleh kiri kanan masa tengah takbiratuihram tu. hey budak, kenapa la awak sangat comeeeeeel? kak rina makan jugak nanti! masa tu rina tengah tunggu turn telekung, leka tengok dia sekejap. dalam hati terdetik, bagusnya mak ayah dia didik anak-anak. dari kecil lagi dah terapkan nilai-nilai islam dalam diri anak-anak. nanti rina pun nak anak-anak camtuh ar. (cehhh.. angan-angan memang ar best kan;p)



lepas tu ada lagi sorang plak masa rina tengah ber-makeup. budak tuh sangat aktif, peramah. rasanya macam dalam 2-3 tahun umur dia. masa umi dia tengah pakai lipstick dia pun suh umi dia pakaikan kat dia. "umi, sikit umi, sikit" pastu dia nampak Rina tengah calit-calit make-up sikit dia pun datang kat Rina pastu sandar kepala kat dinding cakap "hiii" pergggghhhh.. kecik-kecik dah pandai flirt. semata-mata nak mekap jugak. nasib baik tak colek je budak tu bawak balik. comel gilak!



tujuan asal semalam nak cari kasut. tapi memandang kan Rina sangat la cerewet maka tak jumpa la. haihhhhhh, Rina sendiri menyampah dengan perangai ni. okeh lain kali sambung cari kasut. --buatnya nak pakai minggu depan, padan la muka awak Rina. pegi la shoot dengan kasut yang ada tuh. muahaha! apa pun. rina tak tau kenapa, Rina rasa yakin dengan penampilan diri semalam. mungkin hati saya gembira;)



btw, harini dan semalam rina terima banyak masej, ym, komen, etc. dari kawan-kawan. tak kurang jugak yang kongsi kisah mereka. terima kasih! sebab ambil berat pasal Rina. sayang korang!



p/s: terima kasih temankan saya semalam. was fun!



mwah! mwah!




luff,
riririna

SENDIRI

Monday, March 9, 2009

Salam readers,



Semalam, oh pagi tadi Rina tido lepas subuh dan pukul 9pg dah celik mata dah. nak tido tapi nampaknya mata tak nak pulak. hati saya sakit. semalaman Rina berperang, berperang dengan perasaan sendiri.



Biarlah Rina ceritakan apa yang jadi semalam. Mungkin entry kali ni agak panjang. Rina nak meluahkan isi hati yang tak mampu diucapkan.



Siapa yang rapat dengan Rina tentu tau Rina dah lama berkawan dengan seseorang ni. Walaupun sekarang hubungan tu dah tak macam dulu, tapi kami still rapat. Berkawan.
Dia terlalu istimewa. sukar nak dinyatakan dengan perasaan. Dah macam-macam yang dia buat untuk Rina. Terlalu banya budi yang dah diberi. Terlalu baik melayan kerenah dan perangai Rina yang Rina tak pasti ada tak lagi orang yang sanggup buat macam tu. Rina ni teliti, cerewet, tapi dia tetap sabar mengikut segala kerenah diri ni.



Menyingkap kembali saat perkenalan, dia adalah antara kawan terawal Rina di Uni. Sungguh sedikit pun hati tak terdetik untuk kenal lebih rapat waktu tu. Tapi bila tengok kesungguhan dia, Rina terima. Kami berkawan dan kongsi suka duka. Family Rina kenal dia dan Rina pun kenal baik dengan family dia.



Masa Rina tension, takut nak dekat periksa, dialah yang banyak bagi kata-kata semangat. Temankan Rina study walaupun dia tak suka pegi library, dia ikut jugak(walaupun kadang-kadang tertido teman Rina) Kesian u. Terima kasih! He is, a special person not only to me, but to all his friends. Bila Rina ada masalah dan tak nak cerita, dia tetap sabar tunggu sampai Rina sedia nak cerita. Dia jugaklah yang banyak bagi panduan dan membimbing Rina. Kejutkan Rina waktu subuh. Kadang-kadang Rina kejut dia kalau dia tido lambat sebab tengok bola. Sampai berpuluh miscall kadang-kadang. Sebab tak bangun-bangun jugak. hihi. Indah. Sangat indah zaman tu. Takde apa yang nak difikirkan. sama-sama ada matlamat yang sama untuk berjaya dalam pelajaran. Saling memberi semangat dan mengingatkan. Siapa yang banyak memberi, itu bukan persoalan. yang penting masing-masing berada pada landasan yang betul. mengejar matlamat yang mula-mula dipegang sebelum melangkah ke Uni.



Alhamdulillah, kami berjaya. Berjaya dengan segulung ijazah! tapi malangnya perjalanan selepas tu banyak berubah. Siapa yang betul atau salah tak timbul. Cuma kami dah tak serasi. Segala yang dibincang berakhir dengan perbalahan. Sesungguhnya kita cuma merancang. Perkenalan selama hampir lima tahun bukan kayu ukuran yang menjamin apa-apa. masing-masing dah punya matlamat berbeza.



Tapi kesungguhan dia untuk berbaik semula buat Rina akur untuk terima. Untuk keberapa kali pun Rina dah tak ingat. Susah bak bagitau, walaupun macam-macam yang dah terjadi Rina masih nak bagi peluang tu. Mungkin kerana Rina setia. Masih mengharap pada hubungan yang tak pasti. Tapi bila hati mula nak terima, dia berubah untuk kesekian kali.



Tapi gamba semalam yang Rina nampak betul-betul buat Rina terduduk. Ya Allah, you have go too far. Far from what i have think. And now i know your term of - i need space... I need time for myself.. I want to find myself.. If that is the path u choose to find yourself, i cant do anything. Rina cuma mampu doakan awak kembali menjadi lelaki yang Rina kenal dulu.



Buat masa sekarang, Rina cuma nak dekat diri dengan Allah. Mencari saki-baki kekuatan diri yang dah hilang.



Im so sorry what i have wrote here. You deserve to choose your path and should not stranded with me. I have nothing. I cant be like the girl that u love to mingle around. Im not good in socialized with your friend. I cant changed to be the person you like. I am just me and I never want to change you. Not even an inch. I love to see the old you. What ever i said to you that night, i hope u'll think about it.

MATAHARI

Pernah dengar lagu matahari- agnes monica? ha, ni Rina baru berpeluang dengar betul-betul. I mean baru tau lirik dia. ok lah. it was a good song sebab sebelum ni kebanyakan lagu agnes rancak. yang ni lain sikit.


tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku






SEMALAM - (UPDATE 10 MAC !)

Okeh, ni ada lagi gamba yang amik dari dedey. rina curik eyh dedey;)



nadea, dedey, el & me ;)





rina-dedey-nadea! mwahhh!




------------------------------------------------------------------------------




ok, its actually bukan semalam. sebab ni dah masuk isnin. so kelmarin. kelmarin Rina pergi sehari bersama DARA.COM. Dedey yang ajak. thank u dedey. it was fun!

sepanjang hari tu banyak aktiviti yang diorang buat. paling best treasure hunt! sangat-sangat best! berlari2 dengan heel skali. hehe. apa pun group Rina memang sporting habis!!

tapi tak banyak gambar. nak bawak camera Rina tu macam besar sangat la pulak kan. Rina tunggu dari Dedey. ada few dalam phone je ni yang Rina upload dulu.


nononono. wallah!






luff,
Rina

PASANGAN

Friday, March 6, 2009


Lumrah alam, setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Sebab tu wujudnya lelaki dan wanita. Supaya dapat saling melengkapi antara satu sama lain.

Tapi kalau kita tak ada atau belum lagi jumpa pasangan yang sesuai, teruk sangat ke? Hummmm.. baru-baru ni kan kakyong Rina kawin. Kalau korang baca entry sebelum ni mesti tau. Sepanjang wedding tu, boleh dikatakan 90% tetamu tanya pasal Rina. Haihhh.. memang agak tertekan la jugak. Haha! Maybe sebab saya anak no 2 lepas kakyong, so memang kena tembak je la dengan soalan-soalan maut macam tu. Hihi;p

Bila cakap yang Rina takda bf semua tak percaya. Sampai Rina terasa, teruk sangat ke takda bf ni? huhuhu;(

Hurm bercakap pasal pasangan ni, kenapa kita memerlukan pasangan? Owh ada banyak sebab. Setiap orang mungkin ada alasan tersendiri. Tapi pada Rina, ini lah antara beberapa pandangan Rina:

  1. teman untuk bercakap. Bila kita ada pasangan ni, adalah teman untuk kita bercerita, meluahkan perasaan, cerita aktiviti harian, tempat mengadu, etc. At least ada orang untuk mendengar dan memberikan pandangan dengan ikhlas. Kalau kita merepek citer entah pape pun dia setia mendengar atau kalau meluahkan rasa marah kita kat orang lain pun dia dengar. Best kan?

  1. teman berjalan. Ha ni lagi penting! Hehe. kalau nak pegi jalan-jalan ada orang temankan. Nak pegi shopping ada orang ikut, komen pasal baju kita nak beli tu – “baju ni cantik tapi color dia tak sesuai la dengan u.. baju ni kecik sangat untuk u la.. I rasa yang kat kedai tadi lagi cantik.. u betul-betul nak ke baju ni? tadi u dah beli lima dah, kata bulan ni nak beli tiga je..” Hehe. ada la orang nak ingat kan kita jugak;p

  1. mengingatkan bila kita terlupa. contohnya kalau pasangan kita tu kata nak berenti merokok bole la kita ingat kan dia atau kalau kita ada cakap yang kita nak diet turunkan 2kg bulan ni, nanti dia boleh ingatkan kita kot-kot makan terlebih sangat. Biasala tengah lapar makan pulak sedap-sedap, mana nak ingat. Hehe. Lagi satu kalau kita terlewat solat ke, ada la orang nak tegur kan. Huhu

  1. kalau kita tengah sedih, ada la teman untuk memujuk. Kadang-kadang bila ada masalah, kita bukannya nak tanya pendapat dia. Dia mendengar pun dah cukup buat kita lega sikit. Tambah-tambah kalau dia memujuk. Yelah dia tak buat salah tapi dia pulak yang pujuk kita. Terus rasa sejuk je hati;)

  1. berkongsi pendapat/idea. Bila kita tengah meghadapi sesuatu masalah atau keadaan, kadang-kadang otak kita tak dapat fikir dengan betul-betul luas. Jadi kita perlukan pandangan dari perspektif yang lain. Ni pun salah satu sebab kita perlukan pasangan. Nanti dia bole la bagi pendapat atau idea-idea yang bernas yang mungkin kita tak terfikir pun!

  1. Best sebab ada tempat bermanja-manja. Haha!

Wokeh ini je dulu. Nanti sambung lagi… kalau ada nak tambah sila2;)


mwahhh! mwahhh!

riririna

KAKYONG!

Thursday, March 5, 2009

YEPPIII!

okeh ni Rina upload gamba kawin kakyong. tapi sikit-sikit je. Sebab yang lain Rina still dalam proses editing. Bagi pengantin tengok dulu, dah approved n print baru bole upload. Hehe.

enjoyy!


Malam nikah tu Rina jadi mak andam solek main-main je. ni nak pegi masjid dah. so touch-up sikit


Itu kakyong dan abang ipar kami ;)



PEACE!




Pagi tu semua budak-budak pun Rina make-upkan selain ibu. hehe




Sekarang kita berdua je ikin. uhuh!





Gamba outdoor Rina upload kemudian. Belum sempat buat editing lagi. hehe. sorry eyh kakyong;p

QUIZckle!!

Wednesday, March 4, 2009

The Real You


You've got great self-confidence and you're full of charm. Most guys who get to know you will be attracted to you. You are far from sweet and proper; your intriguing personality fascinates them. Most guys find it easy to fall for a girl like you.You really care about other people's feelings and are quite serious about the issues that affect your life. You are sincere, and your concern for the well-being of others makes many people want to be your friend.


You are a bright, cheerful and bubbly person. You are thoughtful and considerate, and like to have fun. Everybody feels comfortable around you because of your pleasant nature. When you walk into a room, people's eyes are likely to be drawn to you because of your charm.


Your peers think of you as a fun person, but sometimes you can be a little irresponsible. You can be somewhat childish, and can try to ignore the fact that you will one day need to really grow up and be a mature adult! Perhaps you could start reading good books; they might help you look at the world in a different light. You do want to be taken seriously, right?


Your boyfriend thinks that you are a real doll but this is not a totally positive thing. Sometimes you can be a bit too sweet, and come across as being helpless. If you're like this too frequently, your boyfriend and other people are likely to get tired of you having to rely on them all the time.


from http://www.quizbox.com/personality/test81.aspx


hehe. jangan caya sangat. LOL!


luff,
riririna


QUIZckle!

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.
hurmmm.. well, as i looked at the person my heart whisper- can u keep my secret darl? then i said back- ah, just keep it Rina


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
i am ;)


Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
definitely


The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.
this is funny. but having plenty of date? hehe. LOL


Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.
i am working for it indeed


The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.
yeahh. hopefully;)


How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
a believe i am. well, m working on it right now


What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
huhu. sadly true. i need someone when im in difficulties. someone to be there to comfort me, the rest i'll do it my self. thats all.


Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
hahaha! why this quiz ermmm... describe me very... erm.. very well, i shall say. why oh why?


try this link. http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
get to know yourself. it might help but im sure you know yourself better darl;)


mwahh!

luff,
riririna

Wedding bell

Phewwww! Secara rasminya, blog ni dah dibuka kembali. Ramai yang tanya mana pegi blog ni? Dah privete-kan ke? Hehe. Rina memang sengaja tutup blog ni. Sebab masa tu rasa tak rajin nak update. Hihi. Skarang rasa macam rajin pulak;)


Ok, last week family rina terima ahli baru. Sebab kakak rina yang sorang tu dah kawin. So welcome to the family Musa;) Semoga perkahwinan anda berkekalan hingga akhir hayat. Amin.


Apa bestnya kawin ni? Best ke kawin? Haha. Rina takda jawapan tu. Hanya orang yang dah melalui tau susah senang nya mendirikan rumahtangga ni. Tapi pada Rina, perkahwinan lebih dari penyatuan dua hati. Dua keluarga bersatu, banyak hati yang nak dijaga, perbelanjaan dan cara hidup berubah, aktiviti harian pun mungkin berubah, ahli keluarga bertambah, etc… macam-macam lagi la.


Banyak benda yang Rina belajar sepanjang proses ni walaupun sekadar tolong-tolong kakyong je. Planning sangat-sangat penting untuk pastikan semua berjalan lancar. Banyak dugaan jugak la. Kena kuat mental juga rupanya. Hihi. Alhamdulillah semua dah selamat.


Ok jom berbalik pada perkahwinan lebih dari penyatuan dua hati tadi. Dari pemerhatian dan pendapat peribada la kan, ada beberapa perkara yang kita kena ambil perhatian bila dah berkahwin ni. Pasangan yang berkahwin tu memang la happy. Tak dinafikan. Tapi rasanya elok la berpada-pada. Sebabnya ada hati lain yang nak dijaga. Contohnya hati mak abah kita. Diorang memang la seronok tengok anak-anak happy. Terima menantula katakan. Tapi mana kita tau, jauh disudut hati mungkin ibubapa kita terasa kehilangan. Yelah sebelum ni kalau apa-apa mesti rujuk pada diorang. Terutama anak perempuan. Bila dah kawin tak lagi dah. Lepastu berpindah. Jarang berjumpa. Kalau ibu atau bapa tunggal atau pun anak tu anak tunggal lagilah. Mesti terasa sangat-sangat ketiadaan anak tu lagi. Kalau dulu jalan-jalan sama-sama satu family, sekarang dah kurang sorang. Dulu raya sama-sama, sekarang kena ikut giliran la beraya dengan keluarga belah suami ke isteri. So pada pasangan-pasangan tu harap-harap tak lupa la pada mak abah ye.


Selain tu hati adik-beradik dan kawan-kawan. Selalunya bila dah berkeluarga tu, jarang sangat ada masa untuk orang lain selain pasangan. Bagusla kita habiskan banyak masa dengan pasangan, tapi jangan la sampai lupakan orang lain. Terutama orang yang pernah banyak tolong kita. Macam kawan baik kita masa zaman student dulu. Kesana-sini ajak kawan tu temankan, study group sama-sama la, mintak tolong buatkan assignment, malam-malam stay up sama-sama sebab esok nak exam, ada problem kawan ni juga kita cari sebab nak maki hamun orang tak boleh, so kita cerita la kat kawan tu dengan penuh emosi, time tengah kering kawan ni la jugak yang tolong kita. Hihi. Kawan macam ni bukan nya senang nak cari tau. So hargai la kawan macam ni ya. Sekadar bertanya kabar pun dah cukup supaya dia tau, kita tak pernah lupakan dia;) Sebab ada orang tu, lepas kahwin terus dah lost contact dengan kawan-kawan.


Tapi awas pulak pada yang asyik pentingkan kawan. Tu lagi bahaya. Bayangkan bila dah berkeluarga tu terbawa-bawa lagi perangai masa single dulu. Asal ada masa lapang je pegi jumpa kawan, lepak-lepak mamak la, layan game la, tengok wayang la, etc. Kesian partner kat rumah tu sorang-sorang. So apa pun, kena berpada-pada. Pandai-pandai la bahagikan masa tu. Kalau sama-sama kenalkan pasangan pada kawan masing-masing pun bagus. So boleh la keluar tu ajak pasangan skali. Ikut korang la. Rina bagi pendapat je. Hihi.


Hurm bila cakap pasal pasangan baru berkawin ni. Rina teringat pada sorang kawan. Perkahwinan dia cuma bertahan bebapa bulan je. Pelik sangat sebab bercinta nak dekat lima tahun! Tapi tu lah… tak ada yang mustahilkan. Dari cerita kawan ni, dia kata sepanjang bercinta tu sebenarnya kita belum cukup kenal pasangan lagi. Banyak lagi yang kita tak tau. So nasihat dia, tempoh perkenalan tu tak menjanjikan apa-apa. Yang penting kita kene jujur dengan pasangan. Dia kata lagi, lepas dah kawin tu sebenarnya yang lebih penting. Kita kena percaya pada pasangan dan tak cepat melatah kalau masalah melanda.


Dalam kes dia ni, mak mertua yang jadi punca masalah diorang. Urmmm, ni pun kena hati-hati. Kalau dapat mak mertua yang baik bagusla kan. Kena dapat mertua yang muka-muka. Haiiihhh..macam slalu dalam drama tu. Ngeri plak rasanya. So apa yang Rina boleh simpulkan, kalau dah kawin seelok-eloknya duduk la berasingan dengan keluarga tapi dalam masa yang sama masih kekalkan hubungan dengan keluarga. Sebab bila ada masalah, kita cuba selesaikan bersama dan jangan libatkan pihak lain. Kalau dah buntu tak boleh selesai juga, baru mintak pandangan dari orang lain yang kita percaya. Lebih kurang camtula nasihat dia pada Rina. Huhu. Apapun Rina doakan dia akan bertemu jodoh yang sesuai dan dapat bahagiakan hidup dia nanti.


Owh banyak lagi citer pasal kawin-kawin ni. Rina bukan tau sangat. Hihi. Ni Cuma sikit-sikit pandangan peribadi je. Kalau korang ada apa-apa pandangan ke cerita yang best ke, boleh la share dengan Rina ya. Orang yang dah kawin mungkin ada seribu satu kisah lagi. Apa pun Rina tumpang gembira bila dengar orang mendirikan masjid ni ;)




Tapi kalau tanya pada Rina, urmm… urmm… sampai jodoh InsyaAllah.


p/s:
Congrats to those peeps:

Lynna - yang akan mendirikan rumah tangga pertengahan tahun ni. Weeeeee~
Nad - yang nak bertunang dah. Tunggu announce jek;p
Fido - bau nasik minyak ko dah kuat dah ni. Hihi.
Nadia Bayu - yang dah pun bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. hehe. kita tunggu kad jemputan.
Leezan - yang dah jumpa kekasih hati ;)
Cqem - yang kawin dengan baju grand! Babe, wish I’ll wear that. LOL
Wani J- baby Keyshia comel okeh! Gerammmm

Okeh banyak lagi… tak mampu nak tulis semua. Anyway, I’m happy for u guys!



mwahhh! mwaaah!



Love,
riririna

Cinta ini membunuhku!

Sunday, December 21, 2008

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolak ku
Acuhkan diri ku

Bagaimana caranya
Untuk meruntuhkan kerasnya hati mu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti, yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikap mu
Tak sadarkah kau telah menyakiti ku
Lelah hati ini meyakinkan mu
Cinta ini membunuh ku

Lelah hati ini meyakinkan mu

Cinta ini membunuh ku...





Aku pasti ramai yang pernah dengar lagu ni. Mungkin suka lagu ni juga. Entah kenapa semalam masa terdengar lagu ni tiba-tiba hati jadi sayu. Ya Allah what's happening in my life? Semua nya dah berubah Aku teringat bertahun-tahun lepas ada orang pernah cakap, manusia akan berubah sama dengan perubahan masa, "tapi i akan tetap jadi diri i, jaga dan sayang u sampai bila2" -berbunga-bunga hati masa dengar tu. tapi manusia... hanya mampu berkata-kata dan tak mampu kawal diri sendiri.
Semua dikawal dan ditentukan oleh Dia.


"Banyak yang bercinta

Bertahun-tahun putus juga"



Antara bait-bait lagu jangan bilang tidak.
Hurmmmm.. tu lah apa yg terjadi pada aku skarang ni.
Benci nya hati ni!!!
Benci kenapa semua ni jadi??? kenapa? kenapa?
Lepas dah berpenat lelah membina, menjaga, mencurahkan segalanya, akhirnya hati sendiri hancur berkecai..


Kejamnya dunia!


Tapi bila difikirkan nak benci pada siapa? Takde siapa yang bersalah dalam hal ni. Dia yang tentukan semua ni. Setiap kejadian yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Aku rasa bersalah yang amat. Siapalah aku sebagai manusia dan hamba nak punyai perasaan benci ni.


Ampunkan aku...

Jatuh Cinta

Friday, December 19, 2008

Jatuh Cinta!

Okeh saya dah jatuh cinta lagi. Tak tau dah berapa kali. tapi memang tiap2 kali tengok muka ni, memamg saya jatuh cinta. Bila jumpa betol2 lagila rasa macam malu-malu kucing je;) Saya jatuh cinta sama mbak Yuyun dan Dora!!!! ahahahhah! macam apa je. tapi diorang sangat-sangat comellllllllllllll.
Okeh!

hari rabu haritu Uyun datang KL dari Muo. Jadiknya kita ngan Dora pon pegi amek Uyun. Pastu pegi -dating kat Curvy-Curvy makan-makan, gambo-gambo, potpet-potpet. ahah! memang macam dah spuloh taon kenal je. Thanks darling for the friendship! Mwahh! Mwahhh! Friendster has connect us and somehow I think we have the chemistry! Seriously, we know the next step without have to tell what's in our mind kan Uyun kan? kan? Giler la. Ahhhaa. Merepek.



Gosip2 tengok gamba-gamba sendiri


Posing wajib! Ceh, asek nak amek candid je. Abes muka pon asek tak ready. Haih!



Owh, Dora suka pelok2! Kita terasa kasih sayang Dora. Ahhaha!



Super-duper jelita! enough said!



Ya Allah, mau ku makan-makan budak comel sorang ni



Begosip pasal ikan-ikan di kolam. Ahah!



Ok, gedik2 sikit. 1-2-3! Klik!



"Cepat, nak order apa ni Riri?" Uyun cakap sambil tersenyum-senyum comel


videoo ngok ngek

Monday, October 13, 2008

helllooooo everybodyy. hihi. okehhh, since some of my friends requesting for this, so i'd upload la videoo ni whichh i lookk soo ngok ngekk la kan. hoho!



http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=241&ShowID=240&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&EpID=1972&VoteValue=5&VideoID=18611#videovote

Hati hati, bertemu si penikam!

Wednesday, August 6, 2008

Malam-malam ni dapat ilham nak tulis pasal si "tikam belakang". Mesti ramai yang tau dan kenal spesis "tikam belakang" ni. Tapi tentunya mereka ini tak boleh dinilai dari paras rupa mahupun raut wajah. Sebab si tikam belakang ni tak mengenal wajah, usia mahupun jantina. Hah!


Ni pengalaman sendiri, ditikam secara senyap oleh orang yang dikenali tapi tak berapa kenal. Erm, nasibla. Sape makan cili dia la terasa pedasnya;p


Teringat lagi suatu ketika dulu, ada sorang hamba Allah ni bertanya itu ini tentang bisnes yang rina jalankan. Dengan senang hati pon bagitau dari segi material, saiz, harga. Layaknya seorang penjual melayan seorang pelanggan la katakan. Tapi bila semua info dah diberi, jawabnya "owh sama dengan yang saya punye la" Eh cik adik, dari gambar pun boleh taula. Takkan tak perasan? lupa kottt. banyak makan semut eh? Apa punya jawapan tuh? Kan senang kalau kata, "saya ada yang macam ni jugak" dari awal-awal lagi. Rupa-rupanya selain tu ada udang disebalik mee! Apa ceritanya?? Okeh malas nak bercerita panjang. Biar jadi panduan hidup sendiri je. Redha saja.


Cuma satu pesanan rina, jangan mudah percaya pada orang! Hatta paras rupanya mirip si alim! Tutur katanya yang manis. Semua tu tak menjamin apa-apa. Sebab hati tu berselindung dalam diri. Cuma mereka saja yang tau apa isi kandungan nya.


Hati-hati bertemu si penikam ini! Owh maaf, rina memang benci mereka yang penuh tipu muslihat. Apa-apa cakap terus terang kan senang. I tak makan orang okay. Hey, tak selamat hidup dunia akhirat. Tak berkat dek oi buat macam tu!

ESTEE LAUDER

Tuesday, August 5, 2008

Okeh saya tau saya dah lama xupdate!! hoho. Ni semua gara-gara sangat busy! Ahahaha. Alasan je semua tuh. Okeh jom marathon update ape yg saya da buat dlm bulan lepas;)

hihi. malu la nak tunjuk. ni mase pegi make over Estee Lauder. Nampak sangat lain. Memang mekap tebal tuh! Hasilnya pon hurm.. hurm.. ;)




Ni pulak barang-barang Estee Lauder. Owhhh! Banyak giler okeh. Ahahahha! Sebenarnya teruja dengan photo shoot. hihihi;p

Jom check apa ada dlm package ni!
1 make up box
3 Black volumiser mascara
4 lipstick
1 pallet 10 colors eyeshadow
1 pallet 4 colors blusher
1 pallet consist of 2 blusher with 6 eyeshadow (travel pack)
2 tube of lip gloss
1 pencil eyeliner
1 big brush
1 blusher brush
1 lip brush
1 Pure color Eyeshadow No 08 Vintage Lavender
1 make up pouch
1 black tote bag
12 photo shoot
1 pic with frame
Discount Coupon

Tadaaaaaaa! Masa nih jumpa cik Lin yg comeii dtg dari Penang;p
Terharuuu okeh Lin nak jumpa. hoyeyyyy!

TAGGED??? ahahha ;p

Monday, July 21, 2008

Leezan ni my first time being tagged tau. hoho;p

~RULES~ “The rules of the game get posted at the beginning.Each player answers the questions about themselves.At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.” ~End~

So now, on to the questions...

1) What were you doing 5 years ago?~
masuk matrik, blaja-main-makan-main-makan-tido-makan-tido (blaja sket jek). pemalasss. ahhaa. even now!

2) What are 5 things on your to-do list for today?~
bangun pagi!! -(saya bejaya harini!!)
pegi postgrade workshop -and i did a lil presentation. hoyeyyyy;)
makan nasik byk2 -hurmm bru skali tghri td
cuci bersihkan dapur - suda siap ptg td;p
baca2 untuk siapkan research. -hoho! ni belum wat. malam kang.

3) What are 5 snacks you enjoy?~
cadbury almond
mister potato
kitkat
zipp strawberry
big apple -craving for thiss!

4) What are five things you would do if you were a billionaire?~
pegi umrah haji ngan org2 terchenta
whatever ibu request ;)
build my own.. ermm (lil secret;p)
investing in a potential growth company. nak jadi share holder (kene wat research sket nih)
travelling over the world


5) What are five jobs you’ve had?~
part time kenny rogers (dulu2)
jual kristal,jam, kain etc (dulu2 jgk)
jual slendang (lovelyaustere)
fulltime girlfriend (ni pon keje jgk. keje yg happy;)
researcher
owh, by lagi keje yg penah dan sedang wat;p;p

Now to tag...
ermm, sesape yg bekenan nak buat. hihi;))

EGO @ Rendah Diri

Tuesday, July 15, 2008

hai,

Owh hari-hari yang berlalu terlau sibuk. Jarang dapat menulis walhal, banyak isu yang nak dibincangkan. Harini rasa macam nak bincangkan isu Ego dan rendah diri. Apa yang best sangat isu nih??

Kalau kita cakap pasal ego, owh mesti teringat pada kaum adam. Ahhaaa;) Jangan melenting wahai kaum adam. Ini cuma satu klise. Dah lumrah manusia akan fikir macam tu. Tapi jangan tak tau, kaum hawa pun tak kurang hebatnya bila ego menguasai diri. Tapi hebat sangat ke bila kita ego nih? Ermm, agak nya la kan. Haha!

Banyak sebab yang menjadikan seseorang tu ego. Terutama kalau keupayaan diri dicabar. Pehhh! memang la rasa nak menang jek masa tu. Kadang-kadang tanpa sedar kita menjadi ego apatah lagi bila soal maruah di perkotak-katik kan. Tapi ada jugak yang membentuk perasaan ego dengan sengaja. Alasan?? sebab tak nak kalah atau nampak kecik! Hai, lumrah manusia, pantang di 'cucuk' sikit, mula lah hati disinggah si "tanduk dua" menyiram lagi minyak api kat hati yang memang sedia panas tu. Haih, mintak dijauhkan la dari perkara nih (tapi kadang-kadang tak sedar jugak) manusia.. manusia..

Tapi adakah itu bermakna kita tak boleh ada perasaan ego? Jadi kenapa wujudnya perasaan ni?
Perlu kah bersikap merendah diri 24 jam?

Owh, jangan la anda terlalu rigid dan statik. Bersikap rendah diri memang sifat yang dipuji. Semua orang suka. Tapi kalau dah dipuji pun masih merendah diri dan tak hargai pujian tu, memang alamatnya bukan setakat rendah diri nanti, tapi jugak akan membentuk personaliti lain iaitu tiada keyakinan diri. Ni sebab rendah diri yang melampau la ni. Lagi satu, kalau terlalu merendah diri, kita tak kan sedar kehebatan diri.Kita kena hargai kelebihan yang kita ada dan belajar menerima pujian.

Jadi sama ada kita memilih untuk bersikap egoistik atau merendah diri, biarlah mengikut pada situasi. Masih teringat lagi pada kata-kata seorang pakar motivasi--tukarkan setiap perkara negatif kepada positif!!

charlo~

C.B or M.M.M

Friday, July 11, 2008

Oh,apa yg best harini? Cut Back (C.B) or Make More Money(M.M.M)? ermmmmm.. idea ni datang lepas baca buku the secret dreamworld of a shopaholic by sophie kinsella.

Dalam nak jalani hidup ni, slalu dengar orang kata, simpan bekalan untuk hari tua. Yelah selain amal ibadah, kene jugak ada simpanan supaya masa tua nanti takde lah kita meminta-minta pada orang semata-mata untuk teruskan sisa hidup.

fakta: menurut kajian dalam tahun 2010, purata pendapatan keluarga dibawah rm7k, adalah berada pada paras kemiskinan.--erm, gerun jugak la dengar ni. Tapi kalau fikiran balik tak mustahil. Sebab tengok saja lah, dalam keadaan sekarang pun kos hidup dah semakin meningkat. Apatah lagi beberapa tahun lagi.

Berbalik pada C.B atau M.M.M. Kalau kita memilih untuk C.B maka apa yang perlu dilakukan ialah track segala perbelanjaan yang dibuat. Mana-mana perbelanjaan yang tak perlu harus dibuang dalam perbelanjaan berikutnya. Owh, tak mungkin. Saya bukanlah dari golongan C.B tu. Kalau sesiapa dalam golongan C.B tu, percaya lah, mereka tak mungkin memiliki sepasang kasut N*ke, beg G*ess, jam F*ssil atau sehelai cardi dari Z*RA(sekadar beberapa jenama). Mereka ni juga tak mungkin mempunyai hobi mengumpul koleksi apa pun. Sebab bila ada hobi mengumpul ni maksudnya kena keluarkan duit. Alah, mereka yang amalkan C.B tak mungkin ada hobi. Sebabnya hobi apa pun mengeluarkan belanja. Dan tak mungkin mereka keluarkan duit untuk benda-benda yang tak berfaedah ni (kata-kata dari orang yang amalkan C.B) Kalau kamu, ye kamu.. sedang berusaha melakukan C.B, maka saya harap kamu berdisiplan lah ye. Sebab tanpa disiplin yang tinggi tak mungkin C.B akan berjaya!

Berbalik pada M.M.M. Ini adalah benda yang lebih baik pada saya. Sebab dengan M.M.M kita tak perlulah menidakkan segala kehendak dan kemahuan diri. Macam mana nak mulakan M.M.M?? Ada banyak cara dan peluang yang ada. Samaada kita sedar atau tak. Dan samaada kita nak atau tak nak. Semudah itu. Tapi ia perlukan kekuatan semangat, pengorbanan, kecekalan hati, kemahuan yang tinggi, dan banyak lagi. Kalau rasa tak sanggup, lupakan lah. Dan jangn impikan untuk mendapat lebih dalam hidup. Maaflah, pada saya mereka yang begini adalah golongan pemalas. Sebab dengan kesusahan sedikit pun mereka tak sanggup. Maka kalau merungut gaji kecil, tak cukup duit, kena berjimat, tak boleh shopping, nak beri pada mak lebih pun tak mampu. Hmmmmm dah lah. Anda je yang merungut. Banyak peluang tapi malas memang lah tak dapat nak ditolong.

Tapi saya suka pilih M.M.M sebab dengan cara ni kita dapat mengawal kewangan. Kalau nak lebih usaha lah lebih dan sebaliknya. Kita tak menyusahkan hidup orang dengan meminta-minta.

Nak tak nak mesti jalankan salah satu antara C.B atau M.M.M. Jangan ego dan berkata"Ah, susah nak la nak M.M.M dan aku bukan nya golongan C.B. Hish, semua tu mengarut" Ha, ni cuma kata-kata mereka yang ego. Kalau tak percaya, cuba la bawak mak ayah anda pergi membeli-belah. Belikan saja apa yang mereka hajati. Mampu x? Kalau tak mampu sebenarnya anda sedang melakukan C.B. Cuba tidak membeli apa yang bukan keperluan (kata mereka tapi hakikatnya, tak mampu). Jangan marah ye. Ni pendapat peribadi sahaja.

Apa-apa pun kedua-dua ni pilihan anda sendiri.

yummyyy~

Saturday, June 14, 2008

Secret Recipe
Hari ni tak ada ke mane2. Pergi pejabat pos nak poskan semua order itu. Lepas tu merayap-rayap kat jusco beli makanan kat umah;) Memandangkan ada baucher jusco dapat haritu maka borong la banyak2 sikit. ngeeeeee*
Lepas tu ingat nak makan speghetti. Cadangnya nak ke pizza tp entah kenapa lalu kat sini kaki selamba je melangkah masuk. ahahhaa;) Secret recipe pun ok. Tomyam kung kah? ermm, pedas2. tak sesuai makan skarang. Speghetti bolognies chicken sudah cukup bersama watrmelon juices.
Sementara tunggu order tuh, orang yang kerja situ pandang-pandang je. Dah la semua lelaki. Wahai lelaki-lelaki, fikir la apa pun. Malas nak layan. Asalkan diorang tak kacau dah cukup. Ok, mari makan!
Sebelum...
Selepas... licinnn

Kisah silam

Friday, June 13, 2008


Kisah zaman kanak-kanak, akan sentiasa terpahat dalam hati ni. Bermacam perkara yang aku lalui. Tak perlulah aku mengebang kesana sini rasanya. Zaman kanak-kanak ku bukanlah sesuatu yang manis untuk aku kenang. Kenapa? Kerana aku tak mahu jika nanti aku khabarkan, ramai yang besimpati. Bukan itu yang aku harapkan!

Masa kecik dulu aku tak faham apa yang jadi. Yela, masa tu kecik lagi. Aku hidup dalam dunia ku sendiri. Tapi bila makin besar aku mula faham. Memang kalau boleh aku nak buang jauh-jauh semua memori tu. Pergilah memori. Pergi jauh dariku. Tapi apakan daya, aku tak mampu. Sungguh. Namun aku bersyukur. Kerana kenangan itu aku menjadi kuat seperti hari ini.

Aku rasa kalau fikir-fikir balik macam tak masuk dek akal. Sebab aku tak pernah ceritakan pada orang lain kisah zaman silam ku. Semua orang ingat aku hidup senang. Haha. Tak apa la. Biarla apa mereka nak fikir. Aku dah lalui. Aku dah merasainya dulu dan kalau boleh aku tak mahu lagi rasa macam dulu.

Masa sekolah dulu aku pendiam. Aku sangat pasif. Apa orang cakap aku tak berani bantah. Mungkin sebab aku kurang keyakinan diri. Ntah-ntah kehadiran aku kat sekolah pun orang tak perasaan. Tapi melangkah ke matrikulasi, aku mula belajar membina keyakinan diri. Aku menjadi seorang yang baru yang bukan aku. Jangan ditanya macam mana aku boleh jadi macam tu. Aku pun tak tahu. Pengalaman kat sekolah buat aku tak mahu ditindas lagi.

Sesiapa yang kenal aku harini pasti tak sangka macam mana aku lalui hidup aku semalam. Aku banyak berdikari. Semua benda aku usahakan sendiri kalau aku nak. Sebab aku bukan lah dari keluarga yang senang. Sampai sekarang pun aku usahakan sendiri segala benda. Taknak menyusahkan ibu dengan abah.

Dah la tu. Agaknya kalau aku cerita, tak habis sampai pagi esok. Aku bersyukur, kenangan dan pengalaman tu semua menjadikan aku lebih tabah.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kehidupan ini.

Launching new blog selling Selendang/Tudung

Sunday, June 8, 2008

Hye, i have already launch my new blog selling gorgeous-nice selendang and tudung!! This is actually a continued business from previous one that i'd done at my FS profile. But due to a very good responds, i have decided to move it to blogspot as it is more interactive and communicative;)


Happy surfing and shopping!!
Pls come again;p

http://lovelyaustere.blogspot.com/

home sweet home

Saturday, June 7, 2008

owh alhamdulillah dah selamat sampai kat umah;)

owh, semalam otw blk kl without planning. rase macam nak balik lgpun sehari sebelum tu dah call abah bgtau nak balik. pagi after jumpe supervisor trus blk umah ngan Amal amik barang2 then terus menuju ke Sri Putri mencari tiket. but suprise tiket da habis!! lupe plak sabtu ni cuti besday Agung. duhhh! pusing2 carik tiket sementara Amal tunggu dalam kete sebab takde parking. adala tiket kul 12.30 tghari. mase tu dalam kul 12tghari. tp pon tiket tuh rege die rm50!! double dr biase sbb biase dlm rm25 camtuh je. pastuh ade org nak beli tiket tu. haihhh! da telepas;( pastuh pusing2 lagi dpt la tiket kul 4.30ptg rm40!! alasannye sbb hg minyak da naik. weiiii, cekik darah btol! seb baek sbb mmg nak blk byr je la utk tiket tu.

memandangkan baru pkl doblas lebih, so kitorang(ngan Amal) g Jusco mkn kat Oldtown Coffee-nasik lemak special. sambil tuh bebual2 sampai la da kul2. pastuh blk umah melepak2 sambil sempat tido jap;))

pukul 4.00 trus g sri putri balik tggu bas. dah la ramai giler org. mase naik bas tuh seat sebelah ade sorang mamat ni. alamak! muke ensem tapi macam sombong je. lantak le. malas nak layan. tgh dlm perjalanan tuh, kat seat depan tuh ade sorang baby dlm umo setaon kot. mak dia bedirikan dia kat kerusi. budak tuh pompuan tapi pndang je kat mamat sebalh ni yg dok rajin melayan dia sambil wat2 muke. tekekek-kekek budak tu gelak;) hai budak kecitt pon pandai.. nak yg hensem je.

pastuh tetibe mamat seblah ni tego tanye "sampai KL agak2 kul bape er?" dari situ kitorng pun bebual2. budak ni upenye bkn asal KL. nak g rumah akak die kat Bandar Tasik Selatan yang aku pun tak tau mane letak lokasinye. ahhahaa;p dia ni bdk UTM amik kos Marine. dalam bual2 tu rupe2nye dia ni same matrik dulu cuma dia jnr setaon. kecik je dunia ni;) kitorang pun bebual pasal zaman matrik sampai la ke isu semase. sampai KL terpisah terus masa kat pudu.

owh, lupe plak. dalam pejalanan tu ada nampak accident. accident tu kat sebelah jalan lagi satu menuju ke Johor. jam gilerr woooo! accident tu antara lori kontena ngan lori tank minyak. lori kontena tu terbalik kat lane kanan langgar belakang lori tank minyak tuh. ada kesan terbakar sikit pastuh ada bomba jugak kat situ. fuhhh! nasib baik lori tank minyak tu tak meletup ke ape.

sampai je kat pudu trus pusing2 cari tempat duduk. owh ramainya manusia kat situ. haa, nasib baik jumpa tempat duduk sbb Chiqie pon tengah otw. lepas Chiqie amik je kitorang terus gerak Rynessa makan kat situ;)

sekarang nih tengah merehat2 kan diri di rumah. weeeeeeeee*

Btw, next week I'll launch a new blog selling SELENDANG/TUDUNG as my Friendster will be keep as personal profile of mine;)

isu harga minyak

Thursday, June 5, 2008

owh kesane sini semua bercakap ttg isu hg minyak yg meningkat secara mendadak nye. uhuh!pelbagai reaksi masyarakat terhadap isu minyak ni. hari ni sempat berbual, ym dan sms dgn beberapa org kawan. and yeah semua meluahkan ketidakpuasan hati dan paling menakutkan semuanya dipenuhi emosi amarah yg membuak!


owh, bawak bersabar ye. jangan cepat melatah wahai kawan2 ku. sungguhpun memang benar ada rasa xpuashati tu. mmg geram, marah yg amat sebab membebankan semua org!! tapi kalau setakat mengomel, takkan ke mana. tapi ini lah realiti masyarakat harini. asal ada je isu yang timbul, semua nak bising, naik angin dan macam2 lagi tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. KOMPLEN, itu dah jadi lumrah. walaupun belum tau akhirnya macam mana tapi biasanya rasa puashati timbul lepas dapat meluahkan isi hati yang marah tu. tapi lepas tu apa tindakan susulan yang dibuat? ada ke? atau sekadar meluahkan rasa? kalau setakat dengar cerita dari satu pihak dan terus melatah. alahai... pendeknya akal saudara. dah kaji hujung pangkal cerita ke sampai nak mengata itu ini?


itu sebab kalau kita tengok di banyak tempat-tempat umum ada disediakan kotak cadangan/bantahan untuk orang luahkan rasa tak puas hati atau cadangan. contohnya di pejabat2, shopping kompleks dll. tapi cuba kita kaji, lepas dah hantar tu ada tak kita buat susulan samada luahan kita tu dah di ambil perhatian ke belum? ada tak? kebanyakkan nya x. setuju? kalau tak setuju xpe. cume pemerhatian peribadi shj;p


cuba kita fikir sejenak dan menjadi lebih rasional. sesuatu perkara terjadi tentu ada sebabnya kan? maka kat sini lah fungsi pemimpin2 yg dah kita lantik sebelum ni, untuk mengkaji punca kenaikan hg minyak ni. biar mereka yang bertanggungjawab ni selesaikan. walauapa pun parti yang kita perjuangkan, sesungguhnya mereke yang anda pilih itu tentunya hebat! beri peluang untuk mereka selesaikan terutama yang baru dilantik yang belum teruji kepimpinannya. ini lah peluang parti P** nak membuktikan kekuatan kepimpinan mereka.


lagi satu negara kita memang lah pengeluar minyak, namun malangnya hasil minyak di negara kita tak diproses dalam negara sebab kita xpunya kemudahan tu (dari sumber luar. kesahihannya masih tak dapat dikenalpasti.kalau ada yang tau silalah kongsi).


negara kita keluarkan minyak yang berkualiti. itu memang tak dinafikan. dan sepatutnya hasil negara adalah tinggi dari peng-eksport-an minyak ni. duit tu sepatutnya dapat dijadikan subsidi pada kita semua. tapi penah ke kita terfikir, duit tu kemana? adakah mungkin ia hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan siapa dalangnya atau digunakan untuk membiaya balik institusi yang mungkin hampir jatuh? hoho! takde siapa yang amik peduli sebelum ni. kenapa lepas dah jadi macam ni baru nak bising. bak kata pepatah sudah jatuh baru tergadah!


dari satu sudut lain pula, pernah kita terfikir bagaimana kedudukan kewangan negara kita, institusi2 kerajaan? prasan tak, rakyat malaysia pandai meminjam tapi tak pandai nak bayar balik. contohnya institusi macam ptptn, mara, kowaja, etc. mereka ni bagi pinjaman tapi berapa ramai yang bayar balik. bila mintak bayaran semula, dicari, semua marah (marah lagi..) merungut mintak difahami tak dapat keje lagi, gaji kecik, banyak nak pakai duit, mintak penangguhan, lari dan seribu macam lagi alasan. kalau sorang takpe la. tapi kalau beribu? tanpa kita sedar kerajaan dah banyak membantu di situ. bagi pinjaman pada institusi ni untuk mereka boleh memberi pinjaman kepada yang memerlukan dimasa depan. jadi MUNGKIN duit yang sepatutnya dapat dijadikan subsudi kepada rakyat dah di gunakan untuk kes2 seperti ini. wallahualam.


inilah realiti masyarakat harini. jadi berkata lah andai kita tahu perkara sebenar. kerana sesungguhnya diam itu lebih baik dan menghindarkan dosa. fitnah tu dosa kan?


owh, jangan salah anggap. saya bukan pro mahupun anti kerajaan. sekadar berkata berdasarkan akal bukan nya hati.